Saturday, 6 May 2017

Sang Saka Bangsa Tiba Di Perak Melalui Parit Buntar



Bermula dari Perlis, singgah ke Kedah diteruskan larian membawa Sang Saka Bangsa hingga ke Pulau Pinang kini bendera keramat parti sampai ke sempadan negeri Perak. 

Parit Buntar menjadi pintu masuk utama larian bendera dari Pulau Pinang ke Perak. UMNO Bahagian Parit Buntar diberi amanah untuk menjadi tuan rumah menyambut ketibaan rombongan larian bendera dari UMNO Pulau Pinang yang diwakili sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang iaitu Datuk Zainal Abidin Osman dan jawatankuasanya.


Dari jauh boleh dilihat cingay yang melambangkan UMNO 71 Tahun terpapar megah. Rombongan dari Pulau Pinang seramai tiga ratus orang diikuti dengan perarakkan kereta, motorsikal dan lebih unik lagi terdapat beca dan basikal lama yang turut serta bersama dalam rombongan tersebut.

Rombongan sampai disambut meriah oleh paluan kompang, persembahan silat dan barisan  pemegang bendera UMNO terdiri dari tujuh puluh satu orang dari sayap WANITA, PUTERI dan PEMUDA Bahagian Parit Buntar.
Datuk Shaarani Exco Kerajaan Negeri Perak mewakili Menteri Besar, Datuk Abu Bakar Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar dan AJK menyambut dan menerima penyerahan bendera Sang Saka Bangsa.
Pada keesokkannya larian bendera tersebut akan diteruskan lagi untuk diserahkan kepada UMNO Bahagian Bagan Serai.

Syukur pada Allah semuanya berlangsung dengan jayanya.