Saturday, 1 April 2017

Program Perak Bersih Dan Bangunan Local Agenda Dilancarkan Serentak


Kebersihan adalah sebahagian dari iman jesteru itu Perak mengambil pendekataan indah ini untuk melancarkan Program Perak Bersih. 
Pelancaran peringkat negeri telah dibuat oleh Menteri Besar Perak . Hari ini Daerah Kerian menyahut seruan kerajaan negeri turut serta mengadakan program seumpama bertempat di Parit Buntar.


Sebagai penganjur program Majlis Daerah Kerian berkolaborasi dengan beberapa jabatan kerajaan untuk memeriahkan program. Antara jabatan-Jabatan yang terlibat ialah KEMAS, Jabatan Kesihatan, KPDNKK dan PDRM
Ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dato Hj Samsudin Exco Kerajaan Negeri Perak,  turut berpesan tingkatkan semangat muafakat  teruskan kerjasama dan wujudkan keharmonian antara kaum baru negeri maju dan negara berjaya.



Program Pelancaran Perak Bersh dan Perasmian Bangunan Local Agenda  ini  dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti mewarna kanak-kanak tabika KEMAS dan tabika Perpaduan. Pameran dari PDRM dan KPDNKK.
Pemeriksaan kesihatan dari KOSPEN Pekan Baru, pertandingan sepak raga ratus dan demo seni pertahanan diri dari anggota PDRM.