Sistem cukai GST ini diperkenalkan pada 1 April 2015 selepas ia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dilaksanakan di negara ini. Sebelum ini ada individu tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa rakyat dizalimi, ditindas serta bakal mati kebuluran kerana menderita terpaksa membayar GST.
Ada NGO pernah kata ramai Orang Kurang Upaya, OKU akan mati bila GST dilaksanakan. Malah page Facebook yang totok menyokong Mahathir pun pernah meracau akan ada orang mati kerana GST. Selepas dua tahun, ternyata berita seperti itu tidak kedengaran malahan rakyat makin ghairah dilihat berbelanja di seluruh negara khususnya pada musim-musim cuti sekolah serta cuti hujung minggu.
Restoran makanan segera, pusat membeli-belah mahupun pusat peranginan dipenuhi rakyat Malaysia yang membelanjakan pendapatan pada masa sama membantu kerajaan mengutip dana untuk membangunkan negara.
Sebilangan besar mereka bersama-sama kerajaan menyumbang dalam bentuk cukai GST untuk kesejahteraan negara. Ekoran kejayaan yang amat menakjubkan ini, muncul segelintir puak yang ada agenda politik untuk memburukkan kerajaan dan membuat tuduhan jahat berkaitan pelaksanaan GST, yang sebenarnya bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada rakyat.
Mereka membuat tuduhan harga barangan naik dan rakyat akan terseksa kerana perlu membayar cukai berkenaan. Kerajaan yang dipimpin Najib sudah pun membuat perancangan meringankan beban rakyat dalam hal berdepan kos sara hidup dengan pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan juga Klinik 1Malaysia.
Itu belum kira lagi pelbagai skim pembelian rumah mampu milik untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajan tidak memperkenalkan sesuatu dan hanya membiarkan rakyat terpaksa menanggung beban berseorang tanpa mempedulikan kebajikan mereka.
Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.
Pelaksanaan GST terbukti berjaya walaupun ia cuba disabotaj oleh kerja jahat pembangkang tetapi rakyat yang sudah matang di dalam negara ini tidak terpengaruh dengan dakyah jahat mereka.
Tiada orang yang mati kebuluran pun. Pembangkang sendiri pun dalam bajet alternatif mereka tidak mansuh terus GST. India dan Arab Saudi mahu belajar sistem GST dari Malaysia.
Bermakna apa yang kerajaan BN buat adalah berada di landasan yang betul untuk kebaikan ekonomi negara. Sebagai seorang rakyat yang patriotik, janganlah kita berpolitik sampai menjahanam ekonomi negara sendiri.-BeruangBiru