Saturday, 6 October 2018

Nahi Mungkar Tidak Lagi Jadi Keutamaan PH


Nahi mungkar akan lenyap berdasarkan  kenyataan menteri yang menjaga hal ehwal agama, tiada lagi operasi pencegahan khalwat kerana mengganggu privacy.

Selepas ini, nahi mungkar akan semakin malap oleh pihak berkuasa. Kita rakyat yang beragama Islam Malaysia hanya boleh bercakap sahaja, pencegahan dapat mengelakkan berlakunya sebarang maksiat tetapi jika tiada tindakan pihak berkuasa kearah kebaikkan maka maksiat akan semakin berleluasa.

Penggunaan istilah ‘private sphere’ dan ‘public sphere’ sudah cukup memberitahu kita cara fikir liberal seseorang. Liberalisme memang mahu agama Islam sebagai isu peribadi semata-mata. Bila pemimpin pun sudah berfahaman menyimpang, siapa lagi yang akan mendaulatkan hukum- hukum agama?

Syariat menetapkan bahawa ‘Iqrar’ atau pengakuan adalah sekuat-kuat pembuktian terhadap maksiat. Orang sekarang sudah berani mengaku gay.

Kalau ikut kenyataan menteri, kerajaan tak boleh ambil tindakan kerana mereka meliwat dalam ‘private sphere’, walaupun satu dunia sudah tahu pengakuan mereka.

Al-Quran jelas sekali menjanjikan kebinasaan bagi masyarakat yang berleluasa kemungkaran dan maksiat. Kesemua orang akan diazab kecuali yang melakukan nahi mungkar.

Ustaz Hazizi Abd Rahman