Friday, 12 October 2018
KERAjaan Kroni Dengan Kisah Dongeng Episod Terbaru
By Aku Torres at 01:09:00
Rakyat Malaysia hari2 dijamukan dgn kisah dongeng oleh KERAjaan Kroni PH dalam masa sama semua yg dikata batal adalah tipu sahaja.. Kroni2 mereka juga yg untung silap gaya akan bermula lah episod Bailout seperti masa lepas!
Meh sini jawabkan secara laymen summary laymen
hal Gamuda-MMC yang klem 20,000 pekerja akan hilang sumber pendapatan sebab kerajaan terminate projek MRT2 underground.
1. Kos MRT2 underground yang Gamuda propose ke kerajaan sangat tinggi. "
Jawapan:
Macamana kau boleh kata begitu sedangkan Gamuda-MMC dianugerahkan projek MRT 2 kepada mereka secara tender terbuka antarabangsa pada tahun 2016.
Selain Konsortium MMC-Gamuda, ada empat lagi syarikat telah disenarai pendek untuk tender ini, iaitu China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China, Taisei Corp dari Jepun, dan Hyundai Engineering dari Korea Selatan pada 2015.
Namun daripada 5 yang disenarai pendek hanya 3 yang telah menghantar tender kepada MRT-Corp iaitu China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China dan juga Konsortium Gamuda-MMC.
Akhirnya MC-Gamuda menang dengan bidaan yang terbaik dari segi teknikal dan dengan harga yang paling rendah.
Jadi kat mananya Gamuda propose kos yang sangat tinggi tu?
*Nota kaki: Cuba bayangkan kalau kerajaan BN ketika itu appoint salah satu dari syarikat China instead of MMC-Gamuda? agaknya mesti 'havoc' jual negara ketika itu ye dak?
2. Kerajaan appoint external consultant comprises technical experts untuk revalue MRT2 underground cost.
Resultnya?
Cost boleh lebih murah antara 4-5b, berkadaran dengan beberapa projek underground metro di beberapa buah negara asia yang lain."
Jawapan:
Persoalannya siapa 'external consultant' dan 'experts' tempatan yang revalue underground cost tu?
Logiklah MMC-Gamuda mempersoalkan laporan penilaian tersebut bilamana MRT Corp(milik kerajaan) sendiri yang ada 'techinical expert' dan pengalaman dalam underground work juga telah keluarkan laporan penilaian yang selari dengan MMC-Gamuda.
Dan adalah agak kelakar bilamana 'cost boleh lebih murah RM4-5b' hanya dengan menggunakan perbandingan dengan underground metro di negara asia yang lain.
Kenapa kelakar? Sebab macam lah 'geological profile and structure' setiap negara di Asia ni sama?
Bang kita bukan nak turap jalan bang buat laluan basikal macam kat Penang, kita nak korek bawah tanah ni bang banyak risiko dia.
Cuma nak berkongsilah dengan abang, untuk buat underground Tunnel MRT di KL ni, MMC-GAMUDA dan MRT Corp nak kena korek Kenny hill formation dan KL lime stone formation yang highly karstic in nature.
Maka sebab tulah MMC-GAMUDA,MRT-Corp bersama Herrenknecht AG telah menghasilkanlah the world's first Variable Density Tunnel Boring Machine semata-mata untuk projek MRT SBK haritu untuk elakkan 'sinkhole' dan 'blowout' masa kerja-kerja mengorek terowong haritu.
So jangan lah buat lawak perbandingan simplistic macamtu.
*Nota kaki:
Yang berminat nak baca dan tengok video mengenai VD-TBM boleh rujuk sini:
VD-TBM, (Variable Density-TBM)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10156868472723104&set=a.10152405821988104&type=3
MMC-GAMUDA bersama MRT-Corp hasilkanlah the world's first Variable Density Tunnel Boring Machine
https://www.facebook.com/mkhairulazri/posts/10217478325778920
3. Gamuda-MMC pula tak nak share costing data yang sebenar dengan kerajaan. Ni lagi la bikin panas. Kerajaan dapat tahu pula remaining job cost tu sebenarnya boleh selamatkan beberapa billion RM lagi, tapi Gamuda refuse to share the truth on the costing side.
4. Kerajaan bukannya nak tekan Gamuda sampai tak boleh buat untung, tapi Gamuda tak telus dan ugut pula kerajaan yang depa takkan revise offer untuk MRT2 underground."
Jawapan:
Tak sure lah ada ke kontraktor or konsortium yang share costing sebenar dengan klien mereka, bukankah kerajaan melalui MRT-Corp sepatutnya honor their contractual obligation based on tender yang telah dipersetujui sebelum ini?
Anyway, agak power jugaklah MMC-Gamuda kalau betul depa tak nak share costing sebenar dengan kerajaan bila mana MMC-Gamuda ni pun mostly owned by public fund kerajaan, yang ni den tak leh nak komen.
Cuma part "selamatkan beberapa billion RM lagi" tu apa basisnya and at what cost?
Sebabnya bukankah MMC-Gamuda dah offer untuk kurangkan sebanyak RM2.3Billion(24%) untuk kerja underground tersebut, itupun dengan mengorbankan skop kerja, turunkan spek mekanikal, elektrikal dan arkitek finishing di station seperti mengurangkan access/pintu masuk ke stesen terlibat.
Malah dari 10 station yang akan dibina, 4 akan dikurangkan..tinggal 6 station saja...jadinya nak kurang berapa banyak lagi?
Fikirlah sikit, kalau kita dok 'gila' nak cut cost sampai buang faktor keselamatan, performance or functionaliy mesti ada risiko dan kesannya ye dak?
Kalau apa-apa jadi nanti, siapa yang nak bertanggung jawab?Takkanlah masa tu baru sibuk nak buat jawatankuasa tiada gunanya bang..
Dan Korang semua kena tahu, MMC-Gamuda merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia memiliki kepakaran dan telah terbukti melalui projek terowong SMART dan MRT 1 di mana projek MRT1 ini telah disiapkan di bawah bajet dan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.
Jadinya mesti ada sebab-sebab teknikal yang menyebabkan depa tak boleh nak turunkan kos lebih daripada 24% yang dicadangkan.
Lagi satu pelik juga kata MMC-Gamuda tak telus bilamana, MMC-Gamuda sendiri mintak supaya di'appoint'kan 'International engineering consultant' yang lebih berpengalaman dari sudut teknikal underground tunnel untuk buat penilaian yang lebih berpatutan dan mengikuti spekfikasi teknikal.
Malah korang semua tahu tak MMC-Gamuda juga telah memohon MOF untuk disclose berapa banyak lagi sebenarnya MOF nak mintak kurang? nak suruh telus sampai mana lagi?
5. Gamuda jadikan 20,000 pekerja sebagai ransom. Yes, ransom sebagai empathy tool untuk tundukkan kerajaan supaya ikut cakap mereka, proceed projek tu dengan higher cost.
6. Kita kesian dengan 20,000 orang tapi kita tak tahu yang sebenarnya Gamuda tak telus tentang kos, yang kalau kerajaan ikut akan mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat keseluruhannya.
7. 20,000 akan hilang job ni bukan salah kerajaan sepenuhnya, tapi lebih obvious kedegilan pengurusan Gamuda yang tak nak ikut permintaan kerajaan. Tanggungjawab Gamuda cuma pada 20,000 pekerja, tapi tanggungjawab kerajaan untuk 20,00,000 rakyat Malaysia."
Jawapan:
Ya memang MMC-Gamuda telah jadikan mereka sebagai "ransom, empathy tool" what ever you called it, sebagaimana kerajaan menjadikan so called "1 Trillion" hutang sebagai ransom dan empathy tool untuk 'ikat perut' rakyat melalui dasar 'austerity' yang sebenarnya tak perlu pun, rakyat kena melakukan pengorbanan lah apalah.. Tak pasal Rakyat dikencing hancing buta oleh Kerajaan PH....
Cuma bezanya MMC-Gamuda did offer 24% reduction dan mintak penilaian semula dan clear direction dari MOF berapa banyak 'kurang' yang MOF mahukan?
Telus tak telus boleh rujuk jawapan den untuk soalan no 3,4 kat atas dan den cadangkan apa kata kerajaan dedahkan saja costing tender syarikat China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China pada 2015/16, kita nak tengok berapa banyak beza depa offer banding MMC-Gamuda waktu tu?
Betul ke MMC-Gamuda tender projek ni at higher cost?
Dan betul ke langkah kerajaan ini tidak akan mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat keseluruhannya?
Sebabnya persoalan juga timbul, adakah dengan membuka tender baru nanti, kos projek MRT 2 ni akan turun?
Bukankah adalah amat mustahil costing 2018 akan jauh lebih menjimatkan berbanding 3 tahun lepas?
Ditambah pula dengan kos nak cabut balik TBM dan laywork yang telah dilakukan ketika work progress sudah mencapai tahap 40%, melainkan ada unsur skop kerja yang akan dikecilkan kelak?
Tu belum kita kira lagi berapa kerajaan kena bayar dekat MMC - Gamuda kerana termination cost, compensation cost, maintenance cost during delay, arbitration/litigation cost dll bila mana kerajaan terminate contact ni nanti?
Silap-silap mencecah ratus juta.
So korang semua bagitau pads Admin jap siapa yang 'degil' sebenarnya ni?
8. Kalau Gamuda-MMC telus, tak mark up gila gila, maka selamatlah 20,000 orang pekerja tu. Simple."
Jawapan:
Ini ulangan, Rujuk jawapan untuk soalan 1-7. Simple.
9. Buat lah petisyen supaya Gamuda ikut permintaan kerajaan, 20,000 pekerja selamat, projek pun jalan. Tak payah susah nak buat international retender."
Jawapan:
At what cost? den ulang laei sekali macam kek jawapan 3,4.
Adakah dengan mengorbankan skop kerja, turunkan spek mekanikal, elektrikal dan arkitek finishing di station seperti mengurangkan access/pintu masuk ke stesen terlibat?
Malah dari 10 station yang akan dibina, 4 akan dikurangkan.. tinggal 6 station saja... Jadinya nak kurang berapa banyak lagi?
Fikirlah sikit, kalau kita dok 'gila' nak cut cost sampai buang faktor keselamatan, performance or functionaliy mesti ada risiko dan kesannya ye dak?
Kalau apa-apa jadi esok, siapa yang nak bertanggung jawab?Takkanlah masa tu baru sibuk nak buat jawatankuasa tiada gunanya dah wahai korang2 semua....
Camnilah, MOF panggil je "International engineering consultant' yang lebih berpengalaman dari sudut teknikal underground tunnel untuk buat penilaian yang lebih berpatutan dan mengikuti spekfikasi teknikal macam MMC-Gamuda mintak dan dapatkan kos yang sepatutnya dan suruh MMC-Gamuda ikut.
Tak payah international retender kali ke 2, sebab proses tender semula bukan proses yang boleh selesai dengan cepat, maka akan bazir masa, bazir duit, bazir tenaga.. yang rugi rakyat juga.
10. Clear?"
Jawapan:
Clear?
11. Cukup lah AMD barai RM80 juta, NFDP lebuh RM85 juta, duit KBS lesap RM100 juta. Ohhhh Tuhan, jangan kita sesekali lupa interest 1MDB RM800 juta nak kena bayar due November 2018 ni. 😔"
Jawapan:
Aik Admin ingat kita tengah cerita pasal MRT2? adakah ini sesi mengenang kisah silam?
Kalau camtu alang-alang, apa kata kita sebut Forex barai RM30 billion,Renong lebur RM25 billion, Perwaja lesap RM10 Billion, Bank Bumi RM10 Billion hangus... Ohh tuhan, jangan kita sesekali lupa 36 tahun 'Malaysia Inc' kumpul jumlah 'bailout' mencecah RM85.5 billion 😔
Sekian.
#prayformrt2
#Save20kjobs
#Save20000Jobs
Rujukan:
MMC-Gamuda bags largest MRT2 contract worth RM15.5b
http://www.theedgemarkets.com/article/mmc-gamuda-bags-largest-mrt2-contract-worth-rm155b
New design TBM tames the Kuala Lumpur karst
https://www.tunneltalk.com/Kuala-Lumpur-MRT-14Jan2013-World-first-variable-density-TBM-breakthrough.php
OFFICIAL RESPONSE FROM MMC GAMUDA KVMRT (T) SDN BHD
https://www.facebook.com/mrtunderground/posts/2024708337608722
Never forget Billions lost under Mahathir
https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/03/14/never-forget-the-billions-lost-under-mahathir/
Study: GLC bailouts cost Putrajaya RM85.51b over a period of 36 years
https://www.malaymail.com/s/1535385/study-glc-bailouts-cost-putrajaya-rm85.51b-over-a-period-of-36-years