Sunday, 26 June 2016
Bersama Ringankan Beban Menyambut Syawal - PM
By @MNA at 18:39:00
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama memainkan peranan meringankan beban masing-masing dalam menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mempercepatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta memberi bantuan khas hari raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil dan peneroka.
Bagaimanapun, katanya, usaha meringankan beban ekoran pertambahan perbelanjaan di musim perayaan ini bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata.
"Kedai-kedai dan peniaga, selain menawarkan jualan murah, perlu memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan," katanya dalam catatan terbaru di laman www.najibrazak.com hari ini.
Perdana menteri turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya berbelanja secara berhemah dalam membuat persiapan menyambut Syawal.
"Yang lebih penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan dan pakaian baharu, tetapi ikatan silaturahim dan kekeluargaan sesama kita.
"Semoga Syawal yang akan tiba ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara kita semua, Insya-Allah," kata perdana menteri.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 6 Julai ini.
-BERNAMA
Related Posts:
Wan Azizah 90 Minit Bahas Budget Tapi Tidak Faham Erti Budget Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya mendengar dengan teliti pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu supaya dapat berbahas dengan hujah yang relevan. Namun, tindakan awal mereka keluar Dewan Rakyat Jumaat… Read More
Syarikat Sokong, Taja Bersih 5 Akan Disenarai Hitam - Rahman Dahlan KUALA LUMPUR - Mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam, demikian amaran yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Per… Read More
Prinsip "Fiqh Tabayyun" Perlu Diperdanakan - PM Najib SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menyemak asas kebenaran atau prinsip ‘fiqh tabayyun’ harus diperdanakan dan menjadi bidang ilmu yang perlu dikuasai umat Islam di negara ini.Perdana menteri berkata beliau cuku… Read More
#VIDEO : Wakil Rakyat Pembangkang Contoh Amat Memalukan Bagi Kami Pemimpin Muda. KUALA LUMPUR - Sikap ahli parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 secara jelas menggambarkan bahawa mereka ini langsung tidak menghormati pengundi mereka sekaligus mengaibkan sistem be… Read More
Kedudukan Hutang Kerajaan Persekutuan Kekal Terurus - PM Najib KUALA LUMPUR, 25 Okt – Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata sehingga akhir Jun tahun ini,… Read More