Monday, 24 October 2016
Wan Azizah 90 Minit Bahas Budget Tapi Tidak Faham Erti Budget
By @MNA at 19:00:00
Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya mendengar dengan teliti pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu supaya dapat berbahas dengan hujah yang relevan.
Namun, tindakan awal mereka keluar Dewan Rakyat Jumaat lalu menyebabkan Ketua Pembangkang hari ini berhujah mendakwa bajet dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang negatif.
Lebih malang, sudah lama sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dua kali jadi ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya membaca teks yang disediakan seolah-olah tidak tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan.
Ketika membahaskan Bajet 2017, beliau seringkali hanya mengungkapkan bahawa bajet itu adalah gula-gula untuk rakyat dan ia menjadi habuan dalam tempoh yang singkat.
Beliau juga menuduh bajet itu bukan menunjukkan yang kerajaan berkhidmat untuk rakyat, tetapi bajet yang penuh helah untuk menipu rakyat.
Hujah itu sekaligus bercanggah dengan apa yang disampaikan Perdana Menteri Sebelum ini dimana Bajet 2017 yang dibentangkan itu sebenarnya bersifat holistik dan komprehensif terhadap kepentingan rakyat.
Contohnya, meskipun Selangor merupakan negeri di bawah pentadbiran pembangkang, namun Najib bersifat profesional dengan lebih mengutamakan rakyat daripada isu politik dalaman dengan membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri tersebut.
Namun perkara itu tidak langsung dinyatakan oleh Wan Azizah sepanjang perbahasan beliau lebih 90 minit.
Beliau dalam masa yang sama turut mengambil kesempatan dengan mempersoal berkali-kali mengapa kerajaan tidak menjawab soalan berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jabatan Peguam Negara Amerika (DOJ) ketika membentangkan bajet tersebut.
Wan Azizah patut sedar yang kedua-dua isu tersebut tidak berkaitan dengan bajet namun beliau tetap cuba untuk mengelirukan Dewan.
Katanya, Perdana Menteri cuba mengelak persoalan asal dan tidak menjelaskan isu tersebut dalam pembentangan Bajet 2017.
Selain itu, beliau turut menyifatkan seolah-olah yang Najib adalah Perdana Menteri kejam kerana memaksa rakyat mengikat perut supaya berjimat cermat serta digalakkan membut perkhidmatan UBER bagi menambah pendapatan.
Isu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak ketinggalan dalam intipati perbahasannya dengan mendakwa suaminya telah menjadi mangsa tahanan politik akibat kerakusan kerajaan.
Namun ketika Ahli Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali cuba mencelah, Wan Azizah tidak memberikan laluan kepadanya, bagaimanapun membenarkan kroninya, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani mencelah.
Ini jelas memperlihat yang Wan Azizah hanya berani berhujah menggunakan teks yang disediakan namun pengecut untuk menjawab soalan-soalan dari pihak kerajaan.
Related Posts:
TN50 Sediakan Rakyat Hadapi Revolusi Perindustrian Keempat - PM Najib PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.Beliau berkata Revolusi Perindus… Read More
Harga RON95, RON97, Diesel Kekal Sepanjang 20-26 Julai Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel kekal seperti minggu lepas bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman webnya me… Read More
#Video : Sultan Perak Rasmi Fakulti Perubatan UiTM Kampus Teluk Intan TELUK INTAN - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Teluk Intan di sini, hari ini. Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja… Read More
Malaysia Bukan Negara Gagal - PM Najib PUTRAJAYA - Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara gagal sama ada dalam aspek pembangunan Islam atau kemudahan infrastruktur untuk rakyat.Beliau b… Read More
Mahathir Takut RCI Forex Sanggup Jadi Top Dog Pakatan Mahathir Sanggup Jadi Top Dog Pada DAP Dan PKR Semata-Mata Kerana Takut RCI ForexKalau dalam sejarah Melayu di negeri Melaka, ada kisah seekor Pelanduk telah menendang seekor anjing dalam kisah Putera Raja Palembang, Par… Read More