KUALA LUMPUR - Mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam, demikian amaran yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menerusi kenyataan dalam laman Twitter, Abdul Rahman berkata, beliau akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta untuk mengkaji latar belakang syarikat yang terlibat.
"Syarikat yang didapati menyokong perhimpunan haram akan disenarai hitam serta-merta.
"Saya pasti banyak lagi syarikat lain yang boleh memberi syarat sama atau lebih baik, sekali gus layak diberi peluang," kata beliau.
Rahman berkata demikian merujuk kepada artikel Awang Selamat yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Dalam artikel itu, Awang mendakwa terdapat syarikat dan usahawan yang menerima kontrak kerajaan menyokong perhimpunan Bersih.
"Syarikat pro-Bersih perlu disenarai hitam, sebagai mana dilakukan oleh pembangkang di negeri masing-masing yang dengan melabel kumpulan ini sebagai musuh kerajaan negeri," jelas Awang.
Selain itu, Awang mendakwa keuntungan yang diperoleh oleh syarikat terbabit digunakan untuk menaja pergerakan Bersih, kumpulan yang mahu menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik. -mstar
Dr Fauziah Tidak Patah Semangat, Gaza Tersemat Kukuh Dalam Ingatan
KUALA LUMPUR - Wanita berhati waja. Itulah yang dapat dikatakan tentang Dr Fauziah Mohd Hasan.Berusia 59 tahun, beliau mungkin kecil molek namun tekad serta semangat yang membara untuk menghulurkan bantuan atas dasar kemanu…Read More
PM Najib Bentang Bajet Pro-Perniagaan Untuk Perkukuh Ekonomi
KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan rangsang besar untuk pelaburan swasta dan perusahaan kecil dan sederhana menerusi strategi pro-perniagaan dalam Bajet 2017, yang jelas bertujuan meningkatkan keyakinan pelabur dan …Read More
MB Perak Kecam Tindakan Kor Ming Isu Lompat Parti
IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengecam tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat berpura-pura menentng amalan lompat parti.
Menurutnya, beliau mempertikaikan tindakan Kor …Read More
PPBM Parti Sukahati Mahathir
MAHATHIR buat negara ini seperti dia yang punya. Selepas mengumumkan bahawa Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang (pada versi pertama 3 minggu lalu), kin…Read More
BN Perak Tidak Gentar Dengan Mainan Politik Mahathir - Dr Zambry
SUNGAI SIPUT - Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Malah, katanya,…Read More