Wednesday, 12 October 2016

MB Perak Kecam Tindakan Kor Ming Isu Lompat Parti

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengecam tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat berpura-pura menentng amalan lompat parti.

Menurutnya, beliau mempertikaikan tindakan Kor Ming yang mencabarnya dan mencadangkan agar Kor Ming mencabar Tun Dr mahathir kerana cadangan itu dikemukan oleh beliau sendiri.

“Saya ingin menegaskan, Kor Ming tidak perlu berlakon dan berpura-pura seolah-olah dia pejuang anti-lompat parti. Kenapa beliau mahu mencabar saya? Cabarlah orang yang mengemukakan cadangan itu sendiri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Seperkara lagi, kalau Kor Ming jujur, saya mencabar beliau menempelak tindakan Nizar (bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) yang melompat parti dari PAS ke Amanah,” kata Zambry dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Kor Ming Dilapor mencabar wakil rakyat BN membawa usul anti lompat parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 15 November ini.

Menurut beliau dalam enakmen itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lompat parti, maka Pilihanraya Kecil wajib diadakan.

Kor Ming dipetik berkata, melalui enakmen itu, mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti, maka dalam tempoh 60 hari, pilihan raya kecil wajib diadakan.

Related Posts: