Wednesday, 12 October 2016

PPBM Parti Sukahati Mahathir



MAHATHIR buat negara ini seperti dia yang punya. Selepas mengumumkan bahawa Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang (pada versi pertama 3 minggu lalu), kini Pengerusi PPBM itu menamakan pula bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam satu laporan dari sebuah portal propembangkang bernama ‘Negara Pakatan Rakyat’ yang mengambil sumber dalaman dari Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), jawatan berkenaan tidak semestinya akan disandang oleh Shafie seorang sahaja.
Berkemungkinan besar jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diisi oleh sekurang-kurangnya 3 orang sekiranya pembangkang menguasai Malaysia dalam PRU14 akan datang.
Menurut sumber berkenaan lagi, Mahathir memang sudah lama berpuas hati dengan prestasi kerja Shafie sejak Ahli Parlimen Semporna itu berada dalam UMNO dan kerajaan lagi.
“Tun bagaimanapun dikatakan yakin Shafie adalah bersih dan tidak pernah membuat dosa, tak seperti Menteri-Menteri kabinet lain yang pernah beliau lantik/kenali.” ujar portal Negara Pakatan Rakyat tersebut.
Tambah portal propembangkang itu lagi, pemilihan Muhyiddin selaku Perdana Menteri hanyalah sebagai interim atau sementara sebelum jawatan berkenaan diserahkan kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Related Posts: