Friday, 22 July 2016

AS Tak Berhak Campur Urusan Malaysia – Idris Ahmad

idrisahmad

KUALA LUMPUR – Pas menolak campur tangan asing berkaitan urusan dalam negara ini berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, beliau tidak hairan dengan negara luar termasuklah Amerika Syarikat (AS).

“Mereka tidak berhak mencampuri urusan dan masalah yang negara kita sedang hadapi.

“Kami (Pas) menolak sebarang campur tangan daripada negara luar terutama AS yang membuat tuduhan kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan 1MDB yang disiarkan oleh televisyen negara terbabit,”katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya minta siasatan menyeluruh dan telus dijalankan tuduhan yang dilemparkan AS itu sangat serius.

Tambahnya, jika kesilapan itu daripada pengurusan pelaburan dan kewangan, maka penambahbaikan perlu diberikan perhatian.

Katanya, ia selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Beliau turut menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat kes tersebut.

Related Posts: