Wednesday, 18 January 2017
Untuk Ketelusan Penjawat Awam Dicadangkan Jalani Ujian Poligraf
By @MNA at 17:01:00
Ujian poligraf, iaitu ujian untuk mengesan pembohongan wajar diperkenalkan dan dilaksanakan secara meluas dalam sektor awam bagi mengesan salah laku dalam kalangan penjawat awam, kata Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Datuk Akhbar Satar.
Katanya langkah itu bukan sahaja mampu mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan seperti penyelewengan, penipuan dan rasuah, tetapi juga memberi peluang kepada seseorang penjawat awam yang dituduh melakukan salah laku membersihkan nama mereka.
Akhbar berkata dengan keberkesanan 98 peratus dalam mengesan pembohongan, ujian itu boleh dilakukan terhadap penjawat awam terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dan penting.
“Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai penguatkuasaan dan penjawat awam yang memegang jawatan sensitif seperti menguruskan dana dan kontrak selain mereka yang terlibat dalam menjaga keselamatan negara juga wajar menjalani ujian itu,” katanya.
Akhbar yang juga Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia menjelaskan ujian itu diguna secara meluas di lebih 80 negara dalam pelbagai sektor termasuk negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Menurutnya di Malaysia penggunaan ujian itu hanya melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan untuk tujuan siasatan dan segelintir syarikat swasta yang menggunakan poligraf bagi siasatan dalaman dan pengambilan pekerja baharu.
Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun sektor awam di negara ini melibatkan jumlah kakitangan yang besar, ujian boleh dilakukan secara rawak dan mengejut terhadap individu yang dikenal pasti ada masalah integriti.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Azih Muda pula berkata pihaknya menyokong apa sahaja pelaksanaan yang boleh meningkatkan lagi kredibiliti dan integriti penjawat awam.
Bagaimanapun, katanya jika ujian poligraf itu mahu dilaksanakan, pihak berkenaan perlu mengambil kira soal persepsi masyarakat agar tidak wujud prejudis terhadap penjawat awam.
“Kita tidak mahu nanti orang menganggap seolah-olah semua penjawat awam ini tidak jujur dan perlu mengambil ujian poligraf, walhal yang sebenarnya hanya segelintir sahaja yang bermasalah,” katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersetuju untuk memperkenalkan semula ujian poligraf bagi membendung gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Dalam laporan itu, akhbar tersebut memetik SPA sebagai berkata bahawa suruhanjaya berkenaan bersedia mengadakan perbincangan dengan agensi kerajaan untuk menentukan penjawat awam yang perlu menjalani ujian poligraf dan kekerapannya.
Secara ringkas, poligraf ialah alat untuk merakam pelbagai gerak balas fisiologi secara serentak seperti gerakan gelombang nadi, pernafasan dan tekanan darah.
Menerusi ujian itu, gerak balas fisiologi subjek dianalisis untuk mengesan sebarang pembohongan berdasarkan soalan-soalan yang dikemuka oleh pakar.
Related Posts:
Tindakan Petugas Memberi Penerangan Betul Dan Mengikut Prosedur Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah video yang ditularkan oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Hospital Langkawi hari ini tidak menunjukkan sebarang kesilapan prosedur yang dijalankan o… Read More
Manisfesto BN Jadikan Malaysia Negara Yang Lebih Hebat Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto untuk PRU14 esok dan ia dirancang untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat dengan langkah yang lebih komprehensif dan inklusif untuk kepentingan seluruh rakyat Mal… Read More
Pakatan Harapan Terima Malu Bila Bank Dunia Iktiraf Ekonomi Malaysia Di paras Tertinggi Agak-agak mana Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu meletakkan muka apabila Bank Dunia sekali lagi mengakui Malaysia sebagai negara yang berjaya menguruskan ekonomi sehingga ke tahap mampu menjadi… Read More
MCA Kawan, DAP Lawan Ketika ini, MCA telah menjadi sasaran DAP, yang mempunyai matlamat untuk meranapkan parti berkenaan. Dengan kata lain, ia mahu menghapuskan MCA, iaitu sebuah parti yang mewakili kaum Cina di negara ini. Maka dalam hal ini… Read More
Manifesto Barisan Nasional Menyeluruh Kepada Semua Rakyat Malaysia Menarik dan padat. Itu yang dapat disimpulkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Semua agenda penting dan mustahak … Read More