Thursday 17 March 2016

KENAPA BARU SEKARANG NAK BUKA MULUT PERTIKAI KEPUTUSAN KABINET!!!


Seperti yang kita semua sedia maklum, mesyuarat kabinet telah memutuskan tidak akan mengambil pekerja asing baharu untuk dibawa masuk ke negara ini, berkuat kuasa serta-merta.

Penangguhan ini juga melibatkan pengambilan pekerja dari Bangladesh. Dan dasar kerajaan sangat jelas seperti yang diterangkan oleh TPM DS Ahmad Zahidi iaitu penggambilan pekerja asing dari mana-mana negara adalah berdasarkan kepada permintaan industri, dewan-dewan perniagaan dan sektor yang dibenarkan sahaja.  

DS Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa majikan telah disaran supaya mengutamakan pekerja tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam syarikat mereka. 

Realitinya, kadar pengangguran bagi tahun 2010 - 2015 hanyalah bawah paras 3 peratus. Statistik ini bermaksud pengisian kekosongan jawatan oleh pekerja asing bukan untuk menggantikan pekerja tempatan. 

Dan merujuk statistik JobsMalaysia, sepanjang tahun lalu, hanya 1,945 rakyat tempatan yang berdaftar sebagai pekerja baharu dalam kategori pekerjaan asas.

Dalam masa yang sama, permintaan majikan bagi kategori pekerjaan asas adalah lebih tinggi dan ianya memaksa kerajaan membenarkan penggambilan pekerja asing oleh majikan itu demi kelangsungan bisnes tersebut. Manakala angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia, adalah jumlah pekerja yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk bekerja di luar negara, bukan Malaysia sahaja.

Dan kita bercakap tentang kerja-kerja yang tidak digemari oleh rakyat Malaysia. Ada yang berkata, siapa lagi yang mahu bekerja membersih tandas, pelayan kedai dan kerja-kerja yang sebegitu? 

Dan terdapat satu andaian tentang pekerja tempatan iaitu boss bisnes akan berasa risau tiap kali hujung bulan apabila pekerja-pekerjanya mendapat gaji. Mereka amat risau pekerja itu tidak balik kerja lagi kerana pindah tempat kerja!

Sampai begitu sekali.

Lagipun, negara Malaysia bakal menjadi negara maju dan rakyatnya lebih berpendidikan hingga ke peringkat diploma dan ijazah tinggi. Mereka tidak akan bekerja basuh tandas kerana kelayakan sebegini melayakkan mereka bekerja lebih tinggi dan bukannya dalam kategori pekerjaan asas.

Ironinya, apabila kabinet memutuskan untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing ini, ramai pula pihak yang terlibat tiba-tiba bersuara menyatakan rasa kecewa mereka. Mereka mendakwa bisnes mereka akan terganggu dek penangguhan tersebut. 

Padahal, mereka diam membisu apabila kenyataan TPM DS Zahid Hamidi disalah anggap dan diputarbelit oleh pembangkang, portal pro-pembangkang dan pihak-pihak yang sengaja mahu memburuk-burukkan nama baik beliau.

Ketika itu, dimanakah suara syarikat-syarikat industri serta dewan-dewan perniagaan yang mahukan pekerja-pekerja asing itu?

Syarikat-syarikat dan dewan-dewan perniagaan itu sepatutnya tampil menjustifikasikan kengkangan dan permasalahan tenaga kerja di tempat mereka. Ini tidak!

Kita juga dapat mengagak ada pihak dalaman yang turut memperalatkan isu pekerja asing ini kerana mereka tidak begitu senang apabila Zahid Hamidi dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin. Kita perhatikan tindakan mereka yang seterusnya.