Tuesday, 17 January 2017
Pemuda UMNO Kedah Minta Mukriz Jawab Soalan Segera
By @MNA at 15:16:00
Pemuda UMNO melontarkan beberapa soalan kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang giat menarik anak muda untuk menyokong partinya PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).
Lontaran soalan itu dibuat ekoran Mukhriz yang dilihat cuba mempengaruhi anak muda dengan politik kebencian dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya ingin bertanya kepada Mukhriz, apakah status Armada dan Srikandi? Jika masalah dalaman pun belum selesai, bagaimana mahu tarik sokongan golongan muda.
“Nasihat saya, selesaikan dahulu masalah dalaman sebelum mendabik dada konon ramai anak muda sertai PPBM,” beliau dipetik berkata.
Shaiful Hazizy juga menyelar tindakan Mukhriz yang cuba menghasut pemikiran anak muda.
“Berdasarkan kepada siri jelajah pemimpinnya, parti itu mengajak penyertaan anak muda melalui politik kebencian dengan membangkitkan isu seperti 1MDB, BR1M dan GST, seolah menghasut pemikiran anak muda menentang kerajaan,” katanya.
Menurutnya, tiada tawaran diuarkan untuk kepentingan anak muda, selain menimbulkan kekeliruan dalam usaha mendapatkan sokongan.
“Jiwa anak muda memberontak dan bersemangat tinggi, tidak hairanlah ada segelintir terpengaruh dengan perjuangan PPBM. Apa yang PPBM tawarkan kepada anak muda? Sehingga kini, tiada tawaran bermanfaat yang diuarkan” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, berbanding Pemuda UMNO sayap ini menawarkan tawaran yang bermanfaat, dan dibuktikan dengan pelbagai program, bukan sekadar cakap kosong.
“Kita tawarkan politik khidmat bakti, di mana kita akan selesaikan masalah dibangkitkan anak muda, bukan berpolitik sepanjang masa. Isu-isu yang membelenggu golongan ini sentiasa dibincangkan seperti perumahan, peluang kerjaya, gaji minimum serta inovasi anak muda,” katanya.
Menurutnya, sebagai sayap parti, Pemuda UMNO tidak pernah memupuk kebencian kalangan anak muda dalam mendekati golongan itu, sebaliknya memberikan tawaran yang boleh menjamin masa depan.
“Kita ajak anak muda merangka dan menyumbang idea dalam membentuk TN50, bukannya melalui kebencian atau demonstrasi jalanan. Kita sebolehnya bertindak sebagai penyelesai masalah kepada golongan muda,
Related Posts:
VAT Arab Saudi : Kos Haji Kekal, Kerajaan Terus Tambah Subsidi Buat Jemaah Haji Mulai 1 Januari 2018, kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan cukai Cukai Nilai Tambah (VAT) dan mengikut logiknya ia akan meningkatkan kos bagi mereka yang akan mengerjakan haji di tanah suci pada tahun ini. Namun muj… Read More
Pakatan Pembangkang Sentiasa Tidak Konsisten Dan Lari Kawasan Pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan memang berperangai teruk. Mereka sentiasa tidak konsisten dalam membuat keputusan, sentiasa bergaduh sesama sendiri dan sentiasa lari dari sesuat… Read More
Mahathir & Anwar Tidak Akan Berjaya Jadi PM Semakin dekat dengan PRU14, semakin kuatlah perebutan kuasa berlaku dalam pakatan pembangkang. Masing masing sudah berebut kawasan, berebut hendak jadi calon dan berebut hendak jawatan kalau kalau berjaya menawan Putrajaya.… Read More
Lim Kit Siang Adalah Calon Sebenar Perdana Menteri Pakatan Pembangkang Pakatan Harapan (PH) layak digelar sebagai "Pakatan Sementara", PS. Kenapa? Kerana banyak yang dilakukan atau dicadangkan hanya bersifat sementara sahaja. Banyak contoh boleh diberikan tetapi yang paling utama adalah meng… Read More
Mahathir Serang PAS Kerana Mahu Kepercayaan DAP Orang Kedah kata "tak dah arah dah" atau "abis akai dah", itulah gelaran sesuai buat Mahathir sekarang ini. "Kelupoq tak sangga" sebab hendak kuasa. "The end justify the means" kata Machiavelli dalam bukunya The Prince. … Read More