Wednesday 16 March 2016

BIADAP!! ADA YANG PERTIKAI DI-PERTUAN AGUNG & PERLEMBAGAAN MALAYSIA !!!



Sebelum ini kita telah mempertikai dasar-dasar parti chauvinis DAP yang dilihat mempertikai Perlembagaan Malaysia.

Realitinya, dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :
Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik
dan
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'
Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP?

Dan bagaimana pula dengan dasar parti DAP di bawah?
Pengembalian pilihanraya majlis tempatan
Untuk rekod, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

Penganalisis politik juga telah mengatakan bahawa 'perjuangan' DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai mencabar keputusan mahkamah, sekali gus menentang Perlembagaan negara.  

Malangnya, sehingga ke hari ini, point 'pengembalian pilihanraya majlis tempatan' masih lagi termaktub di dalam dasar parti DAP walau pun Mahkamah telah memutuskan ianya bertentangan dengan Perlembagaan.

Dan sekarang, ada lagi pihak yang dipertikai kerana tindakan mereka seperti mempertikai Yang Di-Pertuan Agung. Media melaporkan cadangan Badan Peguam Malaysia (BPM) yang meminta TS Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara. Mereka akan membahaskannya pada mesyuarat agung tahunannya pada Sabtu ini. 
Tetapi ramai pihak yang mengatakan bahawa cadangan itu sama seperti mencabar prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.

"Apa jua perbincangan akan diertikan sebagai mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong," kata Mohd Hafarizam ketika dihubungi, untuk mendapatkan komen beliau tentang usul itu.

Kita tentu hairan dengan sikap BPM yang seolah-olah tidak faham kepada peruntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia sedangkan mereka adalah peguam.

Jika kita merujuk  Perkara 145, bertajuk 'Peguam Negara', ianya jelas memperuntukkan bahawa, jawatan Peguam Negara disandang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.  

Perkara 145 (5) 
Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankanoleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. 
Kita juga perlu tahu bahawa Peguam Negara mempunyai 2 kuasa utama oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common. 

Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalahmutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah. 
Dalam erti kata lain, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum.  
Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yakni memberikan kuasa mendakwa kepada pihak lain selain Peguam Negara adalah tidak sah dan terbatal.
Realitinya, sejarah telah membuktikan dalam menjalankan tugas awamnya, Peguam Negara telah menggunakan kuasa budibicara dengan berhati-hati dan bertanggungjawab bagi menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan, pengaruh dan fahaman politik kerana undang-undang hendaklah sentiasa dihormati. 

Dan segalanya ini termaktub sejak negara merdeka dan pembentukan negara Malaysia dengan kemasukan negeri Sarawak dan Sabah lagi. Dan klaus ini digunapakai sejak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Jika inilah dasar utama yang termaktub di dalam Perlembagaan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat, kenapa Badan Peguam masih mahu mempertikaikan keputusan Peguam Negara?

Kita tunggu dan lihat sama ada Badan Peguam Malaysia masih lagi berdegil dengan cadangan mereka.