By @MNA at 15:30:00
PORT DICKSON: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, tidak pernah sekalipun parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta diberi jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.
"Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.
"Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn," kata Najib, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'jaguh U-turn' kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.
Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di sini, Ahad.-mstar
Related Posts:
Baitulmaqdis: Peranan Malaysia Penting Di Kalangan Negara Islam
Esok (13 Disember 2017),YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berangkat ke Istanbul, Turki bagi menghadiri sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan kesan pengiktir… Read More
Mahathir : Dengan DAP Mohon Maaf, Dengan Sultan Tidak Mahu Mohon Maaf
Itulah sikap Mahathir. Enggan mohon maaf pada mangsa Memali, enggan mohon maaf pada mangsa
tahanan ISA, enggan mohon maaf kerana penjarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat tetapi boleh memaafkan Lim Kit Siang dan DAP … Read More
Lim Kit Siang Naik Angin Tembelang Jadi PM Pecah
Tembelang Pecah adalah punca utama veteran DAP, Lim Kit Siang marah terhadap ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.Ada tiga sebab kenapa Kit Siang menjadi ibarat cacing kepanasan. Pertama, kerana tem… Read More
Kedudukan Ringgit Semakin Baik Selepas PAU 2017
Perhimpunan Agung UMNO 2017, PAU2017 sudah berakhir pada petang Sabtu yang lepas. Semua perwakilan UMNO dari seluruh negara sudah membawa balik semangat yang secukupnya dari segi mentaliti menang, ukhuwah sesama ahli parti… Read More
UMNO, BN Perak Tidak Guna Pendekatan Maki Hamun Seperti Pembangkang
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak tidak mengamalkan pendekatan ofensif atau maki hamun seperti yang dilakukan pembangkang, kata YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata UMNO dan BN… Read More