Monday, 23 January 2017
Cybertrooper Kerja Mudah Tapi Punya Peranan Yang Besar
By @MNA at 00:13:00
Yang dalam parti dan berkemampuan sedang melayan gaya hidup mewah mereka, mana peduli soal mempertahankan kerajaan.
Tinggal lah yang kais pagi makan pagi ikhlas mempertahan kerajaan setakat kemampuan mereka.
Jangan kata penghargaan walaupun ucaoan terima kasih malah di cebik oleh anggota parti yang senang lenang hasil dari projek kerajaan.
Korang cakap lah berdegar dan berkursus mengabis duit parti, kami dengan cara kami akan terus mempertahan kerajaan walau dipandang sepi dan dicemuh.
Timbalan perdana menteri berkata jumlah cybertrooper yang mempertahankan kerajaan jauh ketinggalan berbanding yang menentang.
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% menentang.
“Kajian mendapati 6.6% kalangan aktivis cybertrooper menyokong kerajaan manakala 93.4% menentang apa yang dilakukan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata kesan daripada kejayaan kumpulan cybertrooper yang menentang agenda pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah dan Umno khasnya.
“Persepsi terhadap kita terlalu negatif, persepsi terhadap Umno negatif, persepsi terhadap BN negatif, persepsi terhadap kerajaan negatif, persepsi terhadap kepimpinan juga negatif.
“Mengikut kajian beberapa ahli akademik mengatakan persepsi negatif ini berada di tahap 87%. Kenapa?
“Kalau 93.4% cybertrooper yang menyokong kerajaan, kita dapat menguasai media siber dan persepsi buruk terhadap kerajaan dapat ditenggelamkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Umno termasuk sayap Wanita supaya keluar daripada kepompong lama dan tidak terlalu bergantung kepada media konvensional, tetapi guna media baharu untuk menerangkan agenda kerajaan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
“Ini hakikat, kalau kita masih guna sistem konvensional maka tidak akan berlaku transformasi minda, sedangkan peperangan sekarang dikuasai peperangan pemikiran,” katanya.
Zahid turut menjadikan kejayaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi sebagai tokoh yang berjaya menjadi pemimpin hasil penguasaan media, walaupun tidak digemari rakyat negara mereka.
Related Posts:
Polis Siasat Individu Beri Ucapan Berbaur Hasutan Dan Ugutan KUALA LUMPUR: Sebarang perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam merupakan satu kesalahan jenayah dan orang ramai diingatkan bahawa tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka ekoran perbuatan itu. … Read More
Hambar ... Himpunan Anti Gst Kelaut.. KUALA LUMPUR – Himpunan Anti GST anjuran Parti Amanah Rakyat (PAN) dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) sempena genap setahun perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini berlangsung agak hambar. Setak… Read More
Demonstrasi Jalanan, Kempen Tandatangan Bukan Cara Tukar Kerajaan - Najib LIMBANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar tidak terikut-ikut dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan ditukar melalui demonstrasi jalanan dan kempen tanda tangan."Itu tidak ada da… Read More
GST Genap Setahun Dilaksanakan, Ia Diterima Baik Rakyat Malaysia Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berpuas hati dengan pelaksanaan kaedah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang hari ini genap setahun. Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata walaupun pada awalny… Read More
"Bersolat" Di Tepi Jalan Pilihan Peserta Demo Kelaut Demo Bantah GST yang dijadualkan berlaku sekarang di sekitar Kuala Lumpur, menampakkan sekali lagi drama solat tepi jalan menghiasi demo kali ini. Jika dahulu, mereka memilih untuk bersoalt di tengah-tengah jalan raya, kin… Read More