Sunday, 8 January 2017

Setahun 10 Hari Perdana Menteri Bersama Keluarga 355 Hari Bersama Rakyat

Di sebalik tohmahan mengenai percutian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama keluarga ke Australia baru-baru ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas, Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor melihatnya dari sisi yang berbeza.“Saya memandang dari sisi yang berbeza. Ayah dan anak beriadah dengan mengayuh basikal dan seperti mana orang lain, mereka mahu lakukan aktiviti bersama.
“Tidak seperti orang lain, ayah mempunyai banyak masa diluangkan bersama keluarga. Si ayah bekerja 7 hari seminggu, keluar rumah pagi hari dan pulang lewat malam.
“Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga. 355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat,” kata Rizal dalam catatan di Facebooknya.
Mengulas lanjut, Rizal berkata, justeru, beliau berharap pihak yang mengkritik hal berkenaan dapat merenungkan hubungan ayah dengan anak-anaknya.
“Renungkanlah. Ada orang untung dapat ayah berada. Ada orang untung dapat ayah punya banyak masa dan ada orang bertuah masih ada ayah

Related Posts: