Tuesday, 16 February 2016

Tahap Pengambilan Dadah Dalam Kalangan Pemandu Kenderaan Perdagangan Semakin Serius.


Polis berasa bimbang apabila gejala pengambilan dadah oleh pemandu-pemandu kenderaan perdagangan berada pada tahap yang serius pada masa ini.
Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Supritendan Mustafa Bakri Salleh berkata, 16 kes telah direkodkan daripada tiga operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar zon utara sepanjang Op Selamat yang sedang berjalan ketika ini.
Sepanjang operasi yang dijalankan di tiga lokasi iaitu di Lebuh Raya Gunung Semanggol, Bukit Gantang dan Gopenh, 15 kes berkenaan melibatkan pemandu lori dan seorang pemandu bas.
Antara alasan yang diberikan oleh pemandu kepada pihak polis ialah supaya mereka tidak mudah letih apabila memandu dalam perjalanan yang agak jauh.
“Daripada 37 pemeriksaan ke atas pemandu-pemandu kenderaan berat, kita telah tahan seorang yang positif metamfetamin atau pun syabu, satu lagi ganja.
“Kepada pemandu-pemandu kenderaan berat, elakkanlah daripada mengambil dadah. Sekiranya letih, berehatlah di mana-mana kawasan rehat dan rawat (R&R),” katanya.
Situasi berkenaan difahami ada kemungkinan akan memberi risiko kepada pengguna jalan raya yang lain terutamanya ketika musim sambutan perayaan kerana pada masa itu jumlah kenderaan begitu banyak di jalan raya.
Mustafa Bakri berkata demikian ketika hadir Ops Bersepadu Perdagangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Tempurung, semalam.
Dalam operasi itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya mengesan tiga pemandu lori, masing-masing berusia 25, 26 dan 48 tahun yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Related Posts:

  • DATUK SYED SUPOL PM PECAH TRADISI ? Setiausaha politik YAB PM bukan jawatan mudah. Jawatan digalas memerlukan komitmen 7 hari seminggu. Mental dan fizikal teruji. Jika dalam ATM ada komando, dalam politik juga ada komando-nya. Itulah jawatan yang digalas … Read More
  • BN Siap Hadapi PRN MelakaMaklumbalas Pilihanraya Negeri Melaka terkini  setiap  parti telah mempersiapkan barisan jentera masing-masing dengan memilih calon-calon sesuai untuk menghadapi ‘perang’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada … Read More
  • KAJI SEMULA PEMBINAAN "CANAL CITY" ERA BN SELANGOR - NAJIB  Projek ‘Canal City’ di Selangor, yang dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri pada 2007, perlu dikaji semula, susulan bencana banjir yang berlaku di Shah Alam dan kawasan lain, hujung minggu lalu.Bekas Perdana M… Read More
  • Dulu M 40 Kini Jatuh Miskin  Angkara Covid 19 telah menukar hampir 580,000 isi rumah dari kumpulan B 40 ke M 40. Dasyatnya bahana Covid 19.Dianggarkan jumlah kemiskinan isi rumah di Malaysia meningkat daripada 405,000 pada 2019 kepada 640,000.Pekar… Read More
  • DS Rosmah Dibenarkan Ke Singapura Melawat Anak BersalinDatin Seri Rosmah Mansor,  isteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri ke 6 dibenarkan untuk mendapatkan semula pasport daripada Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Ia selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permoho… Read More