Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya memburuk-burukkan golongan ulama termasuk mufti dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mereka.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan politik apabila menyampaikan pandangan secara umum yang dibuat berdasarkan fakta untuk diketahui rakyat.
Beliau berkata, mufti adalah golongan ulama yang merupakan pewaris nabi dan apa yang disampaikan adalah disebut oleh Rasulullah SAW.
“Apa yang saya sampaikan sebelum ini adalah untuk pengetahuan masyarakat umum dan tidak menyerang peribadi sesiapa termasuk Dr. Mahathir. Saya hanya sampaikan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
“Saya tidak kisah jika sesiapa pun termasuk Dr. Mahathir hendak menyerang peribadi saya, tetapi janganlah menyentuh agama kerana memburuk-burukkan ulama, seolah-olah memburuk-burukkan agama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menegaskan, beliau enggan memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.
Beliau juga menolak pandangan pelbagai pihak termasuk Abdul Rahman serta mufti-mufti lain yang tidak bersetuju dengan pandangan yang disuarakannya ketika berceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah bulan lalu.
Malah, Dr. Mahathir menuduh pihak yang menyangkal dakwaannya itu kononnya telah dibayar untuk bercakap demikian manakala mufti menafikannya kerana mereka di pihak kerajaan.
Sementara itu, di IPOH, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kesal dan enggan membuang masa melayan tuduhan Dr. Mahathir, sebaliknya menegaskan terpulang kepada bekas Perdana Menteri itu dengan pandangannya.
“Kalau beliau tidak mahu minta maaf dan berpegang kepada pendiriannya, itu terpulanglah kepada beliau. Saya tak mahu campur lagi dalam isu ini,” katanya.
Dalam pada itu, di KOTA BHARU, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad kecewa dengan tuduhan Dr. Mahathir itu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.
“Kalau sampai peringkat tuduh kena bayar, tak perlu komen apa-apalah,” katanya.
Monday, 9 January 2017
Sikap Tun Mahathir Timbulkan Rasa Kesal Mufti
By @MNA at 11:44:00
Related Posts:
1MDB : Datuk Seri Najib Sebut Lain, Pembangkang Tafsir Lain Hari ini bila minyak turun 1 sen, kemudian ringgit mengukuh menjadi RM3.90 berbanding dollar pembangkang nampak sudah kering idea. Policy Talk yang dibuat oleh Mahathir di Facebook pun nampak ‘dry’ sahaja. Rakyat sudah mal… Read More
Ambil Balik Orang Lama Berkuasa, Berulanglah Kisah Penjajahan Lama Dalam filem Sarjan Hassan sudah ditunjukkan bagaimana watak Buang yang menjadi tali barut pada Jepun. Sanggup khianati orang kampungnya sendiri demi orang asing. Apa yang dilakonkan dalam filem itu boleh terjadi kembal… Read More
Undi Rosak, Keluar Parti & Protes Kini Umpama Barah Bagi PembangkangPenyakit yang melanda pembangkang semakin kronik. Yang di atas gila rebut jawatan dan kuasa. Yang jadi pemimpin di kawasan gila hendak jadi calon. Yang dibawah mahu buat undi rosak. Ketika ini, tiga penyakit ini sedang mengh… Read More
Hendak Selamatkan Siapa Jika Ambil Balik Pemimpin Lama Berkuasa Semula ? Masa tahun 2003, menangis menangis hendak berhenti dan letak jawatan. Kata saya "dah lama dah". Hendak jaga cucu pula. Anwar pun pernah sindir Mahathir. "Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan kelu… Read More
Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah Memang sudah parah. Tidak boleh diselindung lagi. Hendak ajak minum kopi lagikah kalau sudah kantoi duit hilang sampai RM236 juta? Mana mahu putar belit dan lari lagi kali ini? Jumlah yang hilang bukannya RM236 tetapi RM2… Read More