Friday, 22 July 2016

Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS Tidak Namakan Perdana Menteri Sebagai Defendan – Peguam Negara

Peguam Negara Apandi Ali

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dinamakan sebagai defendan atau dikatakan melakukan sebarang salah laku jenayah dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mohamed Apandi turut memandang berat terhadap sindiran dan dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri mengenai apa yang dikatakan salah laku jenayah berhubung tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

“Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau dikatakan telah melakukan salah laku jenayah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan 1MDB.

“Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk mendedahkan butiran yang mungkin boleh menjejaskan siasatan. Peguam Negara harus menegaskan bahawa adalah penting untuk mengekalkan integriti siasatan supaya orang ramai tidak meragui hasil siasatan,” kata Mohamed Apandi.

Beliau menambah, sehingga kini Jabatan Peguam Negara belum menerima sebarang permintaan daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumat atau bukti.

“Bagaimanapun, kami mengalu-alukan permintaan seperti itu selaras dengan komitmen kami dalam kerjasama dan kolaborasi antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan amalan rasuah,” kata beliau.

Beliau turut menekankan bahawa sebagai Pendakwa raya, beliau tidak teragak-agak untuk memulakan prosiding terhadap pelaku perlakuan jenayah jika ada bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

“Sebarang salah laku mesti dan akan dihukum. Malaysia sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Peguam Negara berkata tindakan sivil telah difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi pelucutan hak aset-aset berkaitan dan bahawa perkara itu kini tertakluk di bawah mahkamah sivil di Amerika Syarikat. – BERNAMA

Related Posts:

  • Bank Dunia Harap Malaysia Baiki Kedudukan Bank Dunia berharap Malaysia mampu untuk berada pada kedudukan 10 terbaik untuk Laporan Menjalankan Perniagaan (DB) 2017 berdasarkan kepada kaedah pengukuran yang diguna pakai oleh badan dunia itu. Pengurus Negara Bank D… Read More
  • Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua Y… Read More
  • RAFIZI UMUM LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN??? RAFIZI UMUM LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN??? Heh! Hidup mati semula pun belum tentu Si Rafizi tu sanggup lakukan perkara sedemikian. Tapi sekiranya ia berlaku, maka mungkin esok kita akan dapat berita mengenai … Read More
  • KDNK NEGARA 4.7% - MIER Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus tahun ini, meskipun negara menghadapi situasi ekonomi yang mencabar sejak tahun lalu. Pengarah Eksekutif Institut Penye… Read More
  • Ahli Farmasi Dakwa Telah Temui Penawar Denggi Tatkala negara berdepan dengan peningkatan kes denggi setiap tahun, seorang ahli farmasi mendakwa telah menemukan penawar bagi penyakit itu. Perunding Farmasi dan pengasas Naturopathy Centre K Ananthan berkata beliau tel… Read More