Thursday, 28 February 2019
Dokumen Rasuah Pemimpin DAP Dalam Simpanan SPRM Bocor ?
By @MNA at 16:46:00
Kertas siasatan dalaman SPRM terbongkar termasuk rakaman percakapan saksi utama terhadap skandal terowong di Pulau Pinang.
Beberapa pemimpin DAP termasuk mereka yang sekarang menjawat sebagai menteri kanan dan ketua menteri negeri dituduh menerima wang rasuah.
Laporan itu mendakwa syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang setuju untuk memberi 10% kepentingan dalam syarikat mereka kepada seorang menteri DAP untuk menerima projek mega yang akhirnya akan bernilai berpuluh bilion.
Pemimpin DAP berjanji untuk menganugerahkan projek berbilion ringgit ini kepada syarikat konsesi terbabit sebelum tender yang kononnya tender terbuka dilaksanakan.
Di atas adalah antara pembongkaran melalui beberapa artikel sejak minggu lepas oleh sebuah portal yang lengkap dengan gambar-gambar didakwa sebagai rakaman percakapan saksi utama SPRM.
Jika benar, skandal ini amat besar. Melibatkan nilai berpuluh bilion Ringgit.
Setiausaha Agung UMNO telah membuat kenyataan umum, mendesak Menteri DAP terbabit untuk memberi komen serta mendesak pihak SPRM untuk siasat jika kertas siasatan yang dibongkar itu adalah sahih atau sebaliknya.
Sehingga kini, tidak ada sebarang komen dari kedua-dua pihak. Adakah diam itu bermakna mengiyakan?
Selepas satu minggu dan beberapa artikel pembongkaran disiarkan bersama dokumen-dokumen yang dikatakan dokumen rasmi SPRM, mereka masih membisu.
Ini part 3: https://www.malaysia-today.net/2019/02/24/__trashed-35/
Sehingga kini, cuma ada seorang pemimpin DAP yang dinamakan dalam artikel-artikel tersebut, memberi respon.
Semalam, beliau memberitahu bahawa dia hanya akan memberi jawapan di mahkamah jika dia didakwa.
Beliau tidak menafikan atau mengesahkan dakwaan bahawa beliau telah menerima wang adalah benar atau sebaliknya.
Pada ingatan saya, kes ini telah disiasat dengan menyeluruh pada bulan-bulan sebelum PRU. Ramai yang terlibat telah direman dan disiasat oleh SPRM.
Akan tetap, kes-kes ini belum sempat didakwa sebelum PRU14.
Selepas PRU14, kes-kes ini seperti sudah ditenggelamkan oleh kerajaan PH.
Pada pendapat saya, projek ini memang banyak keraguan.
Projek telah dianugerahkan selama 6 tahun dan wang ratusan juta ringgit telah dibayar untuk kos laporan tetapi sehingga kini semua laporan masih belum siap dan tiada kerja pembinaan telah dimulakan.
Syarikat konsesi dan kerajaan Pulau Pinang juga mengesahkan wang RM22 juta pernah dibayar dalam cubaan untuk menghalang siasatan, iaitu satu kesalahan jenayah yang amat jelas tetapi tidak didakwa.
Satu lagi projek lebuhraya yang dibiayai oleh kerajaan Pulau Pinang juga dilihat seolah-olah hanya memberi manfaat terbesar kepada projek hartanah bernilai RM15 bilion syarikat konsesi terowong itu.
Lebuhraya ini merupakan paling mahal dalam sejarah Malaysia iaitu RM7.5 bilion untuk 19.5km iaitu RM385 juta satu km.
Mengapakah pihak berkuasa Malaysia Baru tidak mahu meneruskan siasatan ataupun dakwaan?
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/26/investigate-how-rpk-got-information-on-penang-tunnel-project/
-Najib Razak
Related Posts:
Tuduhan Pinda Laporan Akhir Audit 1MDB Datuk Seri Najib Akui Tidak Bersalah Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapat perlindungan daripada tindakannya berhubung pindaan laporan Akhir Peng… Read More
Kadar Api Dan Air Naik Hadiah Kerajaan PH Kepada Rakyat Selepas PRU14, kadar elektrik dinaikkan dan telah diumumkan bakal naik lagi pada Mac depan. Harga minyak juga bakal naik (berdikit-dikit seperti yang Menteri cakap) apabila RON95 diapung semula pada April nanti. Kini gi… Read More
Tiada Rebat Takrif Eletrik Melambung Naik - DSNR Sesiapa yang bertanya mengapa bil elektrik rumah atau kedai mereka telah naik, ini sebabnya. Sebelum PRU14, pengguna elektrik domestik melebihi 300 kWj dan pengguna bukan domestik (perniagaan) menerima diskaun 1.80 sen unt… Read More
Zahid Korbankan Kepentingan Diri Demi Selamatkan Maruah Parti KEPUTUSAN Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, sehingga satu tempoh yang diputuskan kelak merupakan satu kejutan politik kepada rak… Read More
Jangan Sampai Rakyat Hilang Kepercayaan Kita Kena Setia - Sham Mat Sahad Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, di saat Umno menghadapi kekalahan pertama PRU pada kali ini, kesemua pemimpin parti itu diingatkan agar mencontohi sikap parti pembangkang terdahulu dan tidak … Read More