Thursday, 21 July 2016

"Kami Mencari Di Tempat Yang Salah" - Pasukan Carian MH370



SYDNEY: Anggota berpengalaman daripada syarikat Belanda yang mengetuai carian pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 percaya pesawat tersebut berakhir dengan meluncur ke bawah, berbanding terjunam ke laut, membawa maksud mereka telah melakukan carian bawah laut di kawasan yang salah selama dua tahun.

Penerbangan MH370 hilang pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pasukan carian yang diketuai oleh kumpulan kejuruteraan Fugro telah melakukan carian di kawasan bersaiz lebih kurang sama dengan negara Greece selama dua tahun.

Carian itu, di selatan Lautan Hindi melibatkan kawasan melebihi 120,000 kilometer persegi di luar pantai Australia Barat, dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan dan mungkin dihentikan selepas mesyuarat negara-negara utama Malaysia, China dan Australia pada Jumaat.

Setakat ini, tiada apa yang telah dijumpai.

"Jika tidak ada di situ, maknanya ia berada di tempat lain," kata pengarah projek Fugro, Paul Kennedy kepada Reuters.

Walaupun Kennedy tidak mengecualikan kemungkinan besar yang boleh dibuat bahawa pesawat mustahil untuk dikesan di zon carian, beliau dan pasukannya telah berhujah pilihan yang lebih mungkin iaitu pesawat meluncur ke bawah, yang bermaksud ia telah dikendalikan sehingga akhir dan membawanya di luar kawasan yang tidak dapat ditandakan oleh pengiraan daripada imej satelit.

"Jika ia telah dikendalikan, ia boleh meluncur jauh," kata Kennedy.

"Anda boleh meluncurkannya jauh di kawasan carian kita, jadi saya percaya kesimpulan menggunakan logik mungkin baik, tapi mungkin ada senario lain."

Keraguan sama ada pasukan mencari sedang mencari di tempat yang betul mungkin akan membawa kepada gesaan untuk semua data didedahkan kepada umum, justeru ahli akademik dan syarikat-syarikat saingan boleh menggunakan 'sumber terbuka' dalam mencari penyelesaian kepada jawapan awam dalam misteri terbesar industri penerbangan ini.

Hipotesis luncuran yang dikawal oleh Fugro ini juga adalah kali pertama yang 'tersasar' sedikit daripada teori-teori saat-saat akhir pesawat.

Sejak kemalangan itu, berlaku persaingan teori sama ada seorang, dua atau tidak ada juruterbang telah mengawal pesawat, sama ada ia dirampas atau sama ada semua di atas kapal terkorban dan pesawat itu tidak dikawal sama sekali apabila ia terjunam ke air.

Menambah kepada misteri, penyiasat percaya seseorang mungkin sengaja mematikan transponder pesawat sebelum mengalihkannya pada jarak beribu-ribu batu.

Pandangan mengenai 'luncuran' itu tidak disokong oleh agensi-agensi yang menyiasat: America's Boeing Co, France's Thales SA, penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS,  syarikat satelit British Inmarsat PLC, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Organisasi Pertahanan Sains dan teknologi Australia -mstar

Related Posts:

  • MALAYSIA DI TEMPAT KE 17 INDEKS IP A... Kemasukan Malaysia ke dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan penerimaan standard Harta Intelek (IP) yang ditetapkan dalam perjanjian itu akan mengukuhkan persekitaran IP nasional Malaysia KUALA LUMPUR: Malaysia menduduk… Read More
  • Pergilah 7,828....., Jangan Kembali Lagi. BEBERAPA hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, kita sedikit tersentak dengan pendedahan Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming. Kata Kian Ming, kira-kira 7,828 individu yang merupakan rakyat Malaysia telah melucutkan… Read More
  • 150 SYARIKAT MINYAK BAKAL MUFLIS.. Kuala Lumpur – Kira-kira 150 syarikat minyak dan gas dunia dijangka jatuh muflis ekoran kejatuhan harga minyak mentah yang terus memberi tekanan kepada keuntungan syarikat. Menurut perunding tenaga, IHS Inc,bilangan syarik… Read More
  • Isu Pekerja Bangladesh : Rakyat Kita Berapa Ramai Sanggup Bekerja Dalam Keadaan Tidak Selesa? Kini para warga laman maya telah berubah dari pakar ekonomi kepada pakar pekerja asing atau pakar berkaitan sumber manusia. Ia berkaitan berita terkini bahawa ada 1.5 juta pekerja asing Bangladesh bakal dibawa masuk ke Mal… Read More
  • EXCO KEDAH DIBINCANGKAN HARI INI 10 FEB: Spekulasi siapa yang bakal dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri Kedah bakal terjawab apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Na… Read More