Thursday, 14 July 2016

PAS Selangor Umum Kesanggupan Jilat Ludah Dan Mentaati DAP, PAS Negeri Lain?


Matlamat menghalalkan cara dan matlamat selamatkan harta dan kuasa dan matlamat kaut harta rakyat sebanyak mungkin. Itulah yang sebenarnya. Alasan lain hanyalah alasan yang direka supaya ahli dan penyokong terkesima kononnya semangat Islamik dan patriotik.


Bukan berita yang mengejutkan apabila PAS Selangor cepat-cepat sambut atau menyokong sepenuhnya kenyataan Timbalan Presiden mereka, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam tentang pembangkang kononnya wajib bergabung demi untuk hancurkan UMNO BN. Malah ludah yang bersedia untuk mereka jilat juga bersandarkan bahawa yang penting kena asingkan perbezaan pendapat dengan DAP dan matlamat untuk hancurkan UMNO BN akan tercapai.

Persoalan timbul. Perbezaan yang sebagaimana perlu dihormati? DAP tidak berhenti untuk menghina Islam dan Melayu dan PAS, PKR dan PAN perlu setuju dengan tindakan yang sedemikian? Apakah manusia Islam di dalam PAS, PAN dan PKR setuju dan akan terus bersetuju dengan cara DAP yang mereka akui sebagai Ketua kumpulan pembangkang?


Tidak sukar untuk membaca kehendak PAS Selangor terutamanya apabila Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sering berbeza pendapat dengan Presiden PAS sendiri dalam banyak perkara. Malah merurut sumber pakatan, Iskandar sememangnya lebih pro kepada DAP, PKR dan PAN sejak dari awal penubuhan pakatan pembangkang yang baharu. 

Bayangkan berapa banyak duit poket gaji dan elaun serta kemudahan yang lain bakal hilang sekiranya Iskandar dan rakan PAS yang lain di Selangor tidak melutut kepada DAP, PKR dan PAN. RM50 ribu sebulan? atau apakah angka yang tepat?

Itu bab angka duit gaji dan elaun bulanan sebagai Wakil Rakyat Selangor dan EXCO. Bagaimana pula sekiranya ada projek kaut kekayaan yang rakyat tidak tahu. Bayangkan tidak sampai 10 tahun menjadi wakil rakyat, lihat kehidupan wakil rakyat PAS Selangor, miskin atau kaya melangit? Siapa Iskandar dan rakan-rakannya sebelum ini?


Sesungguhnya alasan nak tumbangkan UMNO BN hanyalah rekaan sahaja. Antara berbaik dengan Islam sesama Islam dan kafir yang tidak penat-penat menghina Islam, PAS Selangor pilih siapa? - aakj.com

Related Posts: