Saturday, 20 June 2020

4 Juta Rakyat Nikmati Elektrik Percuma




Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung. Seramai 7.66 juta pengguna

▪️ Perdana Menteri luluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.
▪️ Ini bagi mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

▪️ Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta

▪️ Daripada jumlah tersebut, seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

▪️ Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

▪️ Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020. 

▪️Akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3297910600229141&id=167047123315520