Tuesday, 10 January 2017
Ringgit Dijangka Melonjak Semula
By @MNA at 18:54:00
Ringgit dijangka melantun semula daripada paras rendah 19 tahun disokong langkah kerajaan untuk memacu permintaan ke atas mata wang tempatan itu, demikian menurut pemain sektor perbankan dan jawatankuasa pasaran kewangan bank pusat.
Peningkatan ringgit akan berlaku lebih cepat, kata Lee Kok Kwan, Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia dan Pengarah di CIMB Group Holdings Bhd.
Beliau merujuk kepada tiga kenaikan seperti itu bagi tempoh 15 bulan lalu termasuk peningkatan sehingga 7.4 peratus dalam seminggu.
“Ringgit berada di paras rendah,” kata Lee, individu yang menganggotai jawatankuasa membangunkan strategi untuk bon kerajaan dan mata wang dalam satu temubual Jumaat lalu.
Asas Malaysia adalah stabil dan kelihatan kukuh.
Perdagangan dan lebihan akaun semasa boleh meningkat kerana import akan meningkat berikutan kelemahan ringgit.
Ringgit kerugian sekitar 22 peratus bermula 2015 dan ia menjadi mata wang dengan prestasi terburuk di pasaran baharu muncul, terjejas disebabkan pengukuhan dolar dan harga komoditi yang lemah.
Pada 4 Januari, ia mencecah RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak 1998 selepas pelabur terus melupuskan aset di pasaran baharu muncul serta selepas tindakan spekulator mata wang bulan lalu memburukkan lagi aliran keluar.
Lee menjangkakan pemulihan berbeza dengan penganalisis dalam kaji selidik Bloomberg, di mana median bagi ringgit diniagakan pada RM4.52 berbanding dolar AS pada akhir separuh pertama dan menjadi lemah kepada RM4.57 pada akhir 2017.
Related Posts:
PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng GEORGE TOWN: Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal telah memakan dirinya sendiri, kata Pengerusi Barisan N… Read More
Pegawai Polis Berdepan Tindakan Tegas Jika Judi Talian Kembali Beroperasi - Ketua Polis Perak IPOH – Semua Ketua Polis Daerah (KPD), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan timbalan mereka di Perak akan dikenakan tindakan jika wujud premis perjudian dalam talian di negeri ini. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Ab… Read More
Malaysia Ambil Alih Kerusi Presiden Majlis Keselamatan PBB PUTRAJAYA – Malaysia menduduki kerusi Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Ogos 2016 berkuat kuasa 1 Ogos. Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata ini kali kedua Malaysia menjadi Pres… Read More
Harapan Malaysia Terletak Pada Bahu Anda - PM RIO DE JANEIRO - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pingat emas pertama Malaysia akan dicipta daripada 30 atlet negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 bermula Jumaat ini, di sini. Perdana menteri berkata in… Read More
Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan PETALING JAYA: Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan. "Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin … Read More