Wednesday, 3 August 2016

Pegawai Polis Berdepan Tindakan Tegas Jika Judi Talian Kembali Beroperasi - Ketua Polis Perak

IPOH 03 AUGUST 2016. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Gan Tian Kee (kanan) mendahului menandatangani deklarasi berhubung kegiatan judi disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi (tengah) dan timbalannya, Datuk Hasnan Hassan (dua dari kiri). NSTP/SUPIAN AHMAD

IPOH – Semua Ketua Polis Daerah (KPD), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan timbalan mereka di Perak akan dikenakan tindakan jika wujud premis perjudian dalam talian di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, berkata ketua Ketua JSJ Perak bersama timbalannya serta 15 KPD akan menandatangani pengakuan atau deklarasi membanteras kegiatan perjudian itu.

Katanya, kegiatan itu memang berlaku di Perak sebelum ini, tapi kini seluruh negeri ini bebas daripada aktiviti berkenaan hasil operasi berterusan pihak berkuasa.

“Jika kegiatan judi ini kembali dikesan di premis di Perak, semua 17 (pegawai polis) yang menandatangani deklarasi ini akan dipertanggungjawabkan terutama KPD,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Kanan, di sini hari ini.

Abd Rahim berkata, ramai salah faham dengan kegiatan di Pusat Hiburan Keluarga yang mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sehingga kini terdapat 133 pusat hiburan keluarga mendapat lesen daripada PBT. Polis akan bersama PBT memantau aktiviti di semua premis sedemikian bagi memastikan penganjur tidak menyalahi undang-undang,” katanya. – BH

Related Posts: