Thursday, 30 March 2017
DAP Tidak Akan Izinkan PPBM Ketuai Pakatan Harapan
By @MNA at 23:08:00
Dalam satu mesyuarat "ad hoc" Pakatan Harapan baru baru ini , Presiden PPBM, Muhyiddin dikatakan mahu Pakatan Harapan menampilkan imej diketuai oleh sebuah parti berasaskan Melayu.
Saranan Muhyiddin ini atas sebab kononnya untuk bersaing dengan Barisan Nasional. Di mana imej BN dilihat diketuai oleh UMNO, iaitu parti berteraskan Melayu.
Maka Muhyiddin mencadangkan Pakatan Harapan juga harus dilihat diketuai oleh parti berteras Melayu juga seperti PPBM. Persoalan, apakah parti PAN bukan didominasi oleh Melayu yang beragama Islam?
Atau seperti umum sedia tahu, PAN milik Mat Sabu hanyalah bertaraf barua sahaja dalam komponen Pakatan Harapan. PAN hanya terima arahan DAP sahaja dan tidak boleh ada pendirian sendiri.
Namun begitu kerusi PAN lebih banyak dari PPBM. PAN ada 6 kerusi, PPBM ada 1 kerusi sahaja. Ahli PAN lebih ramai dari PPBM. Macam mana parti yang ada satu kerusi hendak jadi parti teras?
Parti PKR pula sudah diketahui umum adalah parti pelbagai kaum yang didominasi oleh Melayu, tetapi tidak boleh memiliki agenda Melayu. Bahkan lebih teruk, bila menyokong semua agenda anti Islam seperti menyokong ngo ngo pro Murtad, LBGT dan Comango dan lain lain lagi.
Pada dasarnya saranan Muhyiddin itu tidak berpijak di bumi yang nyata.
Namun, "setback" terbesar adalah PPBM harus sedar, mereka adalah sebuah parti baru, kecil dan tidak ada sokongan “grass root” di mana mana kawasan pun. Di seluruh negeri Kedah pun tidak sampai tujuh ribu orang ahli. Macam mana hendak jadi parti teras?
Bahkan semua kerusi yang dipegang oleh PPBM dimenangi ketika Muhyiddin dan Mukhriz masih dalam UMNO. Kekuatan PPBM hanya ada pada Pengerusinya sahaja iaitu Mahathir. Itu pun namanya sudah mula merudum semenjak rakyat mula sedar kemarahannya kepada Perdana Menteri adalah atas sebab kehendak peribadi yang tidak dilayan.
Sambil itu rakyat juga mula sedar bahawa dia mahu anaknya menjadi Perdana Menteri pada tahun sambutan Tahun wawasan 2020. Oleh kerana itulah Mahathir telah mencipta isu perniagaan 1MDB sebagai isu politik.
Nama “Mahathir” juga sudah mula hilang serinya apabila penipuan demi penipuan serta "U TURN" yang dilakukannya hanya untuk memburukkan nama Perdana Menteri semata mata.
Sambil itu, dalam Mahathir menyerang Perdana Menteri, tindakan balas terhadap serangannya telah mengakibatkan banyak kisah tersoroknya mulai muncul semula.
Maka atas permintaan Muhyiddin yang mewakili PPBM, kita dapati Wan Azizah telah cuba menjauhi mesyuarat yang bakal mengikatnya. Wan Azizah mahu melindungi kepentingan Anwar. Mana mungkin sekian lama Anwar pejuangkan Pakatan Harapan, tiba tiba datang Mahathir dan Muhyiddin mahu mengambil alih setelah kepentingan mereka dalam UMNO telah terpadam selama lamanya.
Ini baru halangan dari PKR, bagaimana pula dengan DAP?
Tentu sekali DAP tidak akan mengizinkan ini terjadi. Imej DAP di kalangan pemegang sahamnya iaitu kaum Cina memustahilkan DAP mengizinkan Parti PPBM mengetuai Pakatan Harapan.
DAP tidak akan korbankan logo roket mereka untuk buat logo baru. Jika ikut peraturan ROS, DAP tidak boleh bertanding kerana isu CEC. Namun DAP tetap langgar peraturan dan tanding di PRU13 dan PRN Sarawak.
DAP tetap dengan nama, logo dan ideologi DAP mereka. DAP paling banyak kerusi. DAP akan sampahkan begitu sahaja cadangan Muhyiddin dan Mahathir.
Pakatan Harapan yang baru disertai oleh PPBM memiliki agenda tersendiri dan masing masing. Mana mungkin mereka akan mahu berkompromi dan duduk dalam keadaan rugi.
Pakatan ini bak kata orang putih “doom to fail”. Mereka akan gaduh di tiga peringkat.
Menyeragamkan logo,
Pembahagian kerusi dan
Menamakan siapa calon Perdana Menteri.
Pakatan Harapan akan hancur kerana mereka melihat PRU14 adalah peluang terbaik mereka berarak ke Putrajaya sebagai kerajaan. Maka atas sebab ini masing masing mahu bahagian yang besar dan pasti sekali tidak mahu kalah dalam berkompromi.
DAP terutamanya, tidak akan beri seinci pun tuntutan mereka sejak sekian lama dipadam begitu sahaja. Apatah lagi melayan kehendak budak baru dari parti PPBM.
Dan akhir sekali faktor “PAS” menunggu mereka, sama ada PAS di saat akhir akan masuk atau tidak tetap ada kerugian juga kepada parti dalam komponen PH. Rampasan kerusi PAS harus diserahkan semula oleh PPBM dan PAN. Jika PAS tidak menyertai, 3 penjuru menunggu Pakatan Harapan.
Yang juara dalam pergaduhan ini tetap parti DAP. Sekarang mereka yang jadi abang besar, bukannya Mahathir dan Wan Azizah. Penasihat hanyalah simbol sahaja bukan ada kuasa apa pun. -BeruangBiru
Related Posts:
Mahathir Perguna Nama Orang Lain Untuk Menampakkan Sokongan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir bersama-sama kesemua pemimpin utama pembangkang termasuk dua orang pengkhianat UMNO, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz, sebenarnya bukan suara sebenar yang… Read More
UMNO Supreme Council To Deal With Party Leaders Who Allegedly 'Collaborated' With Opposition - Ahmad Shabery Recent political developments which allegedly saw a ganging up of certain UMNO leaders and the opposition through a 'People's Declaration' would be brought to the attention of the party's supreme council.However, UMN… Read More
Perjuangan UMNO Lebih Utama Berbanding Karenah Individu Yang Kecewa KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Perkembangan politik mutakhir masa kini telah merangsang perpaduan lebih padu dan menyemarakkan iltizam dalam kalangan anggota UMNO untuk meletakkan perjuangan parti lebih utama daripada kerenah… Read More
UTC Konsep Unik, Diakui Model Terbaik Di Dunia - Najib JOHOR BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan konsep unik dan satu inovasi yang tidak pernah dilakukan di mana-mana negara sehingga diakui Bank Dunia sebagai model terbaik di dunia.Perdana Me… Read More
DEKLARASI GAGAL - TUN MAHATHIR DIHINA OLEH DAP ! Media melaporkan kenyataan Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan kerjasama yang diwujudkan di antara partinya dengan Tun Mahathir. Beliau berkata deklarasi yang ditandatangani adalah 'dokumen yang tergesa-ges… Read More