Monday 7 March 2016

DEKLARASI GAGAL - TUN MAHATHIR DIHINA OLEH DAP !


Media melaporkan kenyataan Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan kerjasama yang diwujudkan di antara partinya dengan Tun Mahathir. 
Beliau berkata deklarasi yang ditandatangani adalah 'dokumen yang tergesa-gesa' dan tidak jelas.
Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut beliau telah "menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik".
Ahli politik DAP itu juga mendakwa kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini.
"Kita tidak boleh menafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa beliau menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan pengkritiknya," katanya. 
"Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media," kata Santiago. 
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/03/06/ahli-parlimen-dap-bidas-deklarasi-rakyat/
Begitu hinanya Tun Mahathir pada pandangan parti chauvinis DAP. 

Malangnya, isu ini dicetus oleh Tun Mahathir sendiri yang kini backfired kerana beliau bersekongkol dengan musuh-musuh beliau sendiri yang selama ini menghina dan memburuk-burukkan beliau tanpa belas kesihan.

Kita tidak pernah terfikir Tun M perlu bersekongkol dengan musuh-musuh beliau itu.Tun M telah berkata beliau pasti tidak akan bekerjasama dengan Pembangkang.

Tun M pun tahu bahawa Najib Razak adalah Presiden parti yang sah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli UMNO akar umbi bukan seperti parti chauvinis DAP.  Pemimpin DAP yang jatuh ke tangga 5 dan kurang undi popularnya semasa pemilihan semula CEC DAP tetapi tanpa malunya, masih dapat memegang jawatan tertinggi parti itu.

Tun M pun tentu tahu pemimpin-pemimpin Pembangkang ini hanya sekadar opportunis dan tidak ikhlas. Mereka akan melompat mengambil peluang ke atas apa sahaja perkara yang boleh memburuk-burukkan parti lawan mereka.

Lebih-lebih lagi bersekongkol dengan kepimpinan parti DAP yang chauvinis, rasis, anti-Islam dan korup. 

Dan deklarasi yang ditandatangi itu bukan di atas kapasiti 'individu atau seseorang warganegara sahaja' tetapi turut mewakili aspirasi tuntutan Pakatan Pembangkang yang bukan sahaja mahukan PM Najib Razak digulingkan tetapi mereka mahu menjatuhkan UMNO dan BN yang merupakan satu institusi kerajaan yang sah. 

PKR juga mahu Anwar Ibrahim dibebaskan,satu tuntutan yang tidak masuk akal kerana Anwar Ibrahim telah didapati bersalah oleh undang-undang negara yang berdaulat dan merdeka. Mana mungkin kita ambil separuh-separuh sahaja.

MNA jangka Tun M akan mula menjauhkan diri beliau daripada dilihat bersekongkol lagi dengan Pakatan Pembangkang. Deklarasi itu gagal.

Tetapi ianya menimbulkan satu polemik politik yang pastinya terpalit kepada rakan-rakan Tun M yang masih berjawatan dalam UMNO. 

Dahulu kepimpinan tertinggi UMNO masih boleh berdolak dalih tentang keahlian parti rakan-rakan Tun M. 

Tetapi sekarang, kepimpinan tertinggi UMNO perlu membuat keputusan tegas kerana berdepan dengan desakan ahli-ahli UMNO yang bangkit mempersoalankan keahlian pemimpin-pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang. 

Kepimpinan tertinggi UMNO boleh :

1. Biarkan sahaja perkara ini.

2. Lucutkan keahlian parti.

Apakah kesudahannya?