Monday 7 March 2016

Mahathir Perguna Nama Orang Lain Untuk Menampakkan Sokongan

download (17)

Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir bersama-sama kesemua pemimpin utama pembangkang termasuk dua orang pengkhianat UMNO, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz, sebenarnya bukan suara sebenar yang beliau wakil seperti didakwa.
Menurut lampiran yang dikeluarkan, dikhatakan seramai 57 orang pemimpin bersetuju dengan deklarasi berkenaan. Namun sejak akhir-akhir ini seorang demi seorang tampil menyatakan mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang majlis menandatangani deklarasi berkenaan. Malah mereka sendiri terkejut, nama mereka dikaitkan dengan majlis ini.

images (14)

Terkini, Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah melahirkan rasa terkejut tentang majlis berkenaan. Tegas beliau, bagaimana beliau hendak memberikan komen sedangkan beliau sendiri juga tidak dijemput menghadiri majlis berkenaan?
Malah beliau secara terbuka memberitahu, beliau sendiri terkejut apabila melihat majlis seumpama itu dianjurkan oleh Tun M dan lebih mengejutkan, nama beliau termasuk didalam senarai mereka yang telah menanda tangani deklarasi berkenaan.
Beliau jelas tidak tahu menahu akan hal ini dan nampaknya nama beliau sekali lagi dipergunakan oleh Tun M dan kuncu-kuncunya untuk mendapatkan laba politik. Beliau kelihatan cukup kesal dengan hal ini walaupun pada masa yang sama mengakui, tidak begitu sehaluan dengan Datuk Seri Mohd Najib. Namun untuk menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan didalam UMNO, beliau tidak sanggup untuk melakukan perkara demikian.

images (15)

Nyata sekali, Tun M hanya mahu menggunakan orang sekelilingnya, kononnya beliau mempunyai sokongan yang kuat dalam gerakan gilanya. Kini, seorang demi seorang tampil menafikan pembabitannya, terpulang kepada Tun M dan kuncu-kuncunya untuk menilai sendiri dakwaan karut mereka.