Walaupun Pakatan Harapan (PH) dikuasai oleh DAP, namun di meja mesyuarat mereka mendahulukan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi, tetapi semalam segalanya berubah.
Pada 27 Mac 2017, Wan Azizah telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat, sebagai pengganti Presiden PAN Mohamad Sabu telah 'dimuliakan' oleh PH sebagai pengerusi mesyuarat pertama bersama-sama PPBM.
Bukannya Muhyiddin, Guan Eng atau pun Mahathir. Maknanya DAP sebagai "king maker" menyuruh Mat Sabu mempengerusikan mesyuarat.
DAP adalah majikan Mat Sabu. Gaji Mat Sabu dibayar oleh DAP. Mat Sabu bukan ahli parlimen atau ADUN pun. Mat Sabu adalah pekerja kepada DAP. Mat Sabu hanya terkenal sebagai seorang ahli politik yang mampu membuat lawak di atas pentas ceramah. Mat Sabu tiada agenda terpimpin melainkan cerita Normah semata mata.
Semalam, Mat Sabu diangkat ganti tempat Wan Azizah. Bukannya Muhyiddin atau Mahathir. Menanglah Mat Sabu semalam.Tidak mustahil Mat Sabu akan dilantik selepas ini menentukan hala tuju gerak kerja pembangkang dikala ketiadaan Wan Azizah di meja mesyuarat atas faktornya yang mudah menuruti arahan DAP.
Bayangkanlah bagaimana DAP tidak menghiraukan bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang turut hadir dalam mesyuarat itu dengan meminta Mat Sabu menentukan segalanya.
Bagi DAP, siapa anda sebelum ini tidak penting, asalkan yang boleh menuruti kehendak DAP akan diutamakan terlebih dahulu. Mat Sabu nampak sudah ada dalam liga bakal calon calon PM pakatan pembangkang.
Menangislah Anwar dalam penjara. Wan Azizah sudah masuk hospital. Azmin yang diharap sudah mula bersama bapak angkatnya Mahathir. Mat Sabu tersengih jadi boneka DAP pengerusikan mesyuarat.-BeruangBiru