Tuesday, 28 February 2017

USD 7 Billion : Mimpi Ngeri Buat Mahathir


Selama beberapa tahun kebelakangan ini, antara fitnah yang hebat dijaja oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tuduhan penyelewengan dana RM 2.6 bilion yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun pelbagai jawapan dan keterangan telah diberikan oleh pihak berkuasa termasuk Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, namun semua itu langsung tidak dipedulikan oleh Mahathir.

Bagi Mahathir, beliau tetap kekal dengan tuduhan tidak berasasnya dan lebih melucukan, pentaksubnya juga begitu mudah termakan dengan hasutan gila ini.

Namun semalam, disaat ramai yang mendesak Mahathir untuk bertanyakan sendiri dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud berhubung isu dana RM 2.6 Bilion, Mahathir sekali lagi menerima tamparan hebat apabila baginda mengumumkan pelaburan terus kerajaan Arab Saudi terhadap projek Rapid Penggerang.

Siapa menyangka, Raja Salman sanggup melaburkan USD $7 bilion terhadap projek ini dan ianya boleh dianggap sebagai antara pelaburan terbesar dalam sejarah yang dibuat oleh Arab Saudi di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, baginda turut mengumumkan kuota haji yang diperuntukkan terhadap Malaysia juga meningkat daripada 22,700 kepada 30,000 orang jemaah bermula tahun hadapan.

Semua berita baik yang diumumkan ini nyata memberi tamparan hebat kepada Mahathir dan pembangkang secara amnya.

Manakan tidak, selama ini mereka sedaya upaya mengaitkan isu dana RM 2.6 bilion dengan Datuk Seri Mohd Najib, namun kini, secara terbuka Raja Salman mengumumkan pelaburan besar dan ianya boleh dianggap sebagai mimpi ngeri buat Mahathir dan pengikutnya.

Bayangkan, jika benar Datuk Seri Mohd Najib menyelewengkan wang dana RM 2.6 Bilion sebelum ini, mana mungkin Raja Salman sudi menyalurkan peruntukan besar dalam pelaburan di Projek Penggerang?

Ini membuktikan bahawa apa yang dituduh Mahathir dan pembangkang sebelum ini nyata tidak berasas. Keyakinan yang ditunjukkan oleh kerajaan Arab Saudi hari ini pasti memberi tamparan dan mimpi ngeri buat Mahathir.

Tulisan :
Beruang Biru
BB305, Selasa
28 Februari 2017

Related Posts:

  • PERANGI IDEOLOGI SALAH SUNNYLANDS (California) 17 Feb. - Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) berakhir hari ini dengan penegasan Malaysia bahawa usaha membanteras keganasan yang menjadi tumpuan agenda pertemuan, hanya akan berjaya jika dap… Read More
  • 6 Institusi Kewangan Lancar Platform Akuan Pelaburan 17 FEB: Affin Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Islamic, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional adalah enam institusi kewangan Islam yang melancarkan platform teknologi kewangan pengantara bank dikenali Platform A… Read More
  • PROGRAM UNTUK MASYARAKAT PUN DIFITNAH.. Parit Buntar Kampung Run satu program berbentuk  larian . Track  yang digunakan melibatkan laluan kampung dan kawasan tepi laut yang terkenal dengan nama Ban Pecah. Selain dari acara sukan secara tidak langsung p… Read More
  • Terkini : Angkat Sumpah Exco Baru Kedah Isnin Ini Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah dijadual dilangsungkan Isnin ini di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini. Menurut surat jemputan media yang dihantar Pejabat Setiausaha Ker… Read More
  • Akhirnya Kampung Mutiara Akan Hanya Tinggal Nama Di Pulau Pinang Berita sedih bagi hampir kesemua penduduk Kampung Mutiara. Semalam, Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Asmabi Mohamad, sebulat suara menolak r… Read More