Tuesday 29 March 2016

‘Dulu Mahathir Angkuh, Sekarang Duduk Sebaris dengan Saya’ – Mat Sabu

mat-sabu-mahathir

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu mengakui semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir merupakan seorang yang angkuh.

Mat Sabu berkata, disebabkan kempen menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir yang berusia 91 tahun itu kini tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dan dapat duduk sebaris dengannya.

“Tengok dulu Tun Mahathir masa jadi perdana menteri dulu cukup angkuh, sekarang ni dia duduk sekali dengan aku.

“Tetapi bukan soal kedudukan dia berumur 91 tahun mahu bersama rakyat untuk melakukan perubahan takkan kita yang muda tidak mahu?,”soalnya di Ceramah Bebas Anwar, Undur Najib, sebentar tadi.

Sebelum itu, beliau turut mengakui pernah dipenjarakan sebanyak dua kali menjadi tahanan ISA semasa pemerintahan Tun Mahathir dan beliau tidak menyimpan sebarang dendam, tetapi boleh bersama-sama menyokong deklarasi tersebut demi untuk menyelamatkan negara.

“Tun Mahathir tu ‘Bapa Umno’ darah dia pun kalau toreh, warna biru. Tapi diapun sekarang ini bangun tak mahu membela Najib.

“Ini Tun Mahathir dulu teruk, marah. Tuan -tuan yang marah tu biasa kena tangkap tak dengan dia (Tun Mahathir)? aku dua kali ISA. Masa ditangkap pula bukan masa tua tapi masa muda. Muda-muda berpisah dengan isteri ‘gagai’ dinding. Umur baru 30 kena duduk Kuala Pilah. Lepas tu kena duduk kem Kamunting pula, bukan soal dendam, soalnya sekarang, ialah negara kita hadapi masalah,”katanya dihadapan yang hadir, sekurang-kurangnya 1500 orang.

Semalam, Kongres Rakyat 2016 yang diadakan di SACC, Shah Alam juga merupakan rantaian daripada kempen menggulingkan Perdana Menter