Tuesday 29 March 2016

PERHIMPUNAN MABUK KUASA MAHATHIR BERTUKAR JADI LAWAK NGERI SERAM ....


Pandan X7

SEKALI lagi Tun Mahathir dimalukan apabila Himpunan Tumbang Najib yang sedang berlangsung di Pandan bertukar menjadi tragedi ngeri. Himpunan tersebut bertujuan untuk mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan beliau.
Tragedi ini bukanlah tragedi berdarah tetapi ia telah menjadi tragedi yang membuktikan rakyat semakin menolak segala pembohongan dan kelentong Rafizi dan Mahathir. Ini juga petanda bahawa Rafizi akan di tolak di Pandan pada pilihan raya akan datang walaupun sebelum ini, Pandan merupakan kubu kuat beliau.

Pandan X1

Tambahan pula, rakyat juga sudah mual dengan wakil rakyat yang lebih popular dengan panggilan sotong ini. Sebelum ini beberapa siri pembohongan telah dibuat oleh Rafizi. Namun apabila ianya berjaya dibongkarkan, Rafizi memberi alasan ianya sekadar gurauan semata-mata.
Semalam, Kongres Rakyat 2016 telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).  Menurut Mahathir, Deklarasi Rakyat memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. Beliau juga menyedari bahawa bukan mudah untuk mendapatkan jumlah tersebut.

Pandan X2

Ini merupakan cara Mahathir guna untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib setelah beberapa perancangan beliau sebelum ini menemui jalan buntu. Untuk makluman ini merupakan cara tidak berperlembagaan. Mahathir juga tahu yang tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk Yang Di-Pertuan Agong menyingkirkan Perdana Menteri tetapi Mahathir masih mahu Agong berbuat demikian.

Pandan X3

Inilah yang dipanggil ‘coup d’etat’ (penggulingan atau rampasan kuasa yang dimulakan oleh sekumpulan kecil untuk menjatuhkan kerajaan dan menubuhkan rejim dan menggantikannya dengan pemerintahan yang baru).

Pandan X4

Pandan X5

Pandan X6