Dalam usaha menyelamatkan diri dari skandal MEGA yang dilakukan oleh Guan Eng dalam isu pembelian tanah yang digazetkan untuk perumahan mampu milik untuk rakyat, Guan Eng cuba memutar belitkan fakta yang telah berlaku.
Dalam satu kenyataan yang telah dibuat olehnya, beliau mempersoalkan siapakah yang bertanggung jawab dalam menukar status tanah untuk perumahan rakyat kepada komersial value. Beliau mendakwa dengan persoalan “adakah” yang mana merujuk kepada soalan jerangkap samar kepada pembaca.
Persoalan itu merupakan cabaran oleh Guan Eng kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan kedudukan status tanah yang telah diperuntukkan untuk perumahan mampu milik kepada komesial value. Tindakan Guan Eng ini adalah semata-mata untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan bertindak menuding jari kepada pihak kerajaan.
Dalam hal ini, Guan Eng tanpa sembunyi mengatakan bahawa pertukaran status tanah tersebut merupaka kesilapan lalu yang dilakukan oleh Barisan Nasional dan dipersalahkan kepada kerajaan Pulau Pinang dibawah kepimpinannya.
Menurutnya, ini bukan alasan untuk menyalahkan kerajaan terdahulu kerana memang berlaku pada era pentadbiran sebelum Pakatan mengambil alih pada 2008.
“Ini satu kesilapan kerajaan BN terdahulu tetapi kita pula yang terpaksa tanggung akibatnya seolah-olah kerajaan Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan yang bersalah,” katanya kepada Roketkini.com.
Sebelum itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengadakan satu pertemuan tertutup bersama Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan di Pejabat Pembangkang di Bangunan Parlimen di sini tengah hari semalam.
Guan Eng juga telah menyembunyikan fakta bahawa pertukaran status tanah perumahan rakyat tersebut telah dipohon oleh KLIDC pada tahun 2011 langsung tidak dinyatakan kepada umum. Jadi tindakan menabur fitnah terhadap pertukaran status tersebut bukan lah datangnya dari kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2005 sebagaimana didakwa oleh Guan Eng.
Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan Bahagian Tanjong, H’ng Khoon Leng meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa 1.1 ekar plot tanah di Taman Manggis ditukar kepada 70 peratus untuk hotel dan 30 peratus untuk kemudahan rawatan yang bertentangan dengan syarat awal tanah itu ditender.
Beliau berkata penggunaan tanah itu ditukar selepas ia dijualkan kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd pada 2011. Dalam laporan mereka, H’ng dan beberapa yang lain mendakwa terdapat unsur-unsur penipuan dalam urusniaga Taman Manggis dan mengesa polis menyiasat perkara itu
Malah ianya telah dilakukan sendiri oleh KLIDC untuk membina bangunan komesial. Dibawah ini adalah salinan surat pertukaran status tanah yang dipohon pada tahun 2011 oleh KLIDC
