Monday 28 March 2016

UMNO Kelantan Setuju MT Pecat Pemimpin Parti Cuba Jatuhkan Presiden


UMNO Kelantan bersetuju sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO
memecat pemimpin dan anggota parti yang terlibat dalam gerakan cuba 
menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, Kata Pengerusi 
Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kami (UMNO Kelantan) telah menyatakan di dalam Deklarasi Kelantan jika mana-mana individu sokong gerakan untuk menjatuhkan Najib perlu dipecat dari parti.

"Kami sependapat agar mereka dipecat. Itu pendirian UMNO Kelantan," kata anggota Parlimen Jeli itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor semalam.

Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.

- BERNAMA