Monday 28 March 2016

Demonstrasi Lebih Kerap Berlaku Pada Zaman Mahathir

Mahathir-demo

Siapa kata pada zaman pemerintahan Mahathir dahulu tidak pernah ada demonstrasi?
Mungkin Mahathir boleh berbohong kepada mereka yang tunduk dan akur pada telunjuknya, tetapi bukan kepada mereka yang sering menggunakan akal untuk berfikir sebelum dicucuk hidung.
Terdapat banyak perbezaan antara zaman dahulu dan sekarang.
Meskipun zaman dahulu tidak ada platform atau kaedah untuk memaki hamun pemimpin seperti sekarang, tetapi rakyat pada masa itu sudah pun mula mempamerkan aksi pemberontakkan di jalan raya.
Melihatkan akan perkara ini sudah cukup untuk memberikan gambaran betapa besar kebencian rakyat terhadap pemimpinnya (Mahathir) ketika itu.
Bagaimanapun kebencian rakyat tidak hanya terhenti setelah Najib mengambil alih kepimpinan kerajaan, sebaliknya ia masih berlarutan sehingga hari ini.
Pada Kongres Rakyat yang berlangsung semalam, tidak semua rakyat yang hadir sebaliknya ruang kongres itu hanya dipenuhi dengan mereka yang telah ditipu oleh muslihat Mahathir atas nama rakyat tetapi tujuan utamanya adalah untuk kepentingan peribadi.
Maka yang datang dan hadir mungkin duduk bersama tetapi niat masing masing adalah berlainan.
Kedatangan Mahathir pula adalah kerana banyak perkara yang masih tersekat terutamanya dari segi dana diluar negara, projek kroni yang tersangkut, dan paling penting beliau mahu anaknya (Mukhriz) dapat laluan mudah.
Ternyata Mahathir telah berbohong apabila beliau mengatakan “zaman saya dulu mana ada demonstrasi dan penentangan rakyat macam ini”!