Monday, 28 March 2016

Tony Pua Gagal Bagi Formula Bijak Selesaikan Skandal Banglo Guan Eng

download (12)

Disaat Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, teruk diasakn oleh ramai pihak berhubung penyalahgunaan kuasanya, boleh dikatakan, “pakar-pakar formula” mereka seolah-olah terkedu dan hilang upaya dalam menangkis segala serangan yang disasarkan terhadap Lim Guan Eng.

Jika sebelum ini, Pengerusi DAP Selango, Tony Pua begitu lantang mengemukakan formula gilanya berkaitan 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion, isu harga barang dan lain-lain lagi, kini Tony Pua seolah-olah tenggelam punca untuk menjawab segala persoalan yang melibatkan Guan Eng dan skandal pemilikan rumah banglonya.

download (13)

Beliau bersama-sama rakan subahatnya, Rafizi Ramli, tiada jawapan kukuh untuk membela Guan Eng, malah mereka berdua, terutamanya Tony Pua kian menjauhkan diri daripada Guan Eng dan membiarkan ketuanya berhadapan dengan semua serangan dan tekanan yang diletakkan keatas Guan Eng.
Nyata sekali, Tony Pua hanya tahu bercakap kosong tanpa memikirkan impak disebalik semua percakapannya. Malah, baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri telah mengarahkan anggotanya untuk menyiasat kenyataan Tony Pua yang sekali lagi didapati memanipulasikan keadaan berhubung keputusan mahkamah yang memerintahkan Kerajaan, PDRM dan beliau sendiri membayar ganti rugi diatas kematian remaja berusia 15 tahun, Allahyarham Aminulrasyid Amzah.
Sekali lagi, Tony Pua terperangkap didalam kenyataan beliau sendiri melalui akaun Twitter miliknya. Sedaya yang mungkin, Tony Pua cuba mengalihkan perhatian masyarakat daripada terus menerus memerhatikan hasil siasatan SPRM terhadap banglo milik Guan Eng. Ini sahajalah yang mampu dia lakukan untuk menyelamatkan bosnya.

images (23)

Agak menghairankan, masih ada yang mempercayai sikap “mulut longkang” Tony Pua. Bukan baru sekali dia menipu dan memanipulasikan keadaan demi politik. Inilah tindakan paling hina yang dilakukan oleh Tony dan ditambah pula dengan sikap pengecutnya yang tidak mampu untuk membantu apatah lagi memberi “formula” tentang pemilikan rumah Banglo milik Guan ENg di Jalan Pinhorn.

Related Posts:

  • Rakyat Perlu Undi Berdasarkan Prestasi, Bukan Emosi & Persepsi Tinggal 27 hari sahaja lagi sebelum hari pengundian. Lagi 648 jam sebelum rakyat memilih di atas kertas undi. Ramai tidak sabar untuk habis tempoh ini. Kenapa? Kerana mahu ajar DAP dan PKR yang banyak membohongi rakyat… Read More
  • BR1M Buat Pembangkang Terus Terkedu Pengumuman tambahan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali ganda kepada lebih 7 juta penerimanya oleh pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akujanji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ny… Read More
  • 8 Manifesto Barisan Nasional Untuk Orang Muda Selepas BN melancarkan manifestonya pada 7 April lepas, buat pertama kalinya Pemuda Barisan Nasional turut melancarkan manifesto khusus untuk orang muda di PWTC semalam. Daripada sejumlah 14,940, 624 pemilih pada PRU-14, … Read More
  • Tiada Masalah Mengundi Hari Rabu & Hari Bekerja Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon untuk pilihanraya umum ke-14, PRU14 adalah pada 28 April 2018 dan hari mengundi adalah pada hari Rabu iaitu 9 Mei 2018. Tan Sri Mohd Hashim Abd… Read More
  • Mahasiswa Buat Pilihan Tepat Bersama BN Mahasiswa perlu memastikan Barisan Nasional kekal mentadbir negara demi kelestarian kehidupan rakyat dan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata… Read More