Monday 28 March 2016

Terkini : Raja Bomoh Akan Halau Hantu Di Rumah Guan Eng Jumaat Ini

download (15)

Semasa isu banglo Guan Eng baru mula didedahkan, Cik Phang Li Koon mendedahkan, rumah banglo berkenaan sentiasa menjadi sasaran khianat termasuk pernah dibaling bom molotov koktel di perkarangan rumah berkenaan. Namun begitu, dia tidak mendedahkan kenapa rumah banglo berkenaan menjadi sasaran pengkhianat berkenaan.

Paling mencuri tumpuan, bagaimana Phang juga mendedahkan bahawa rumah berkenaan dipercayai berhantu dan menurut dia lagi, dia selalu disakat oleh satu lembaga di rumah berkenaan. Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng juga mengesahkan dakwaan Phang Li Koon ini dan dikatakan, inilah punca utama, rumah berkenaan dijual pada harga yang murah, jauh lebih murah dari harga pasaran.

download (14)

Disebalik semua berita ini, perkhabaran yang baru diterima jelas semakin menarik untuk diperhatikan. Diberitakan, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilaporkan sanggup untuk datang ke Pulau Pinang bagi mengusir hantu yang di dakwa oleh Phang dan juga Guan Eng ini.
Beliau khabarnya akan datang ke Pulau Pinang pada Jumaat ini dan upacara pengusiran hantu berkenaan akan dilakukan selepas Sembahyang Jumaat pada hari berkenaan. Beliau dikatakan sanggup untuk melakukan upacara ini secara percuma bagi membuktikan samada benar atau tidak dakwaan Phang dan Guan Eng ini disebalik jawapan Guan Eng yang jelas tidak masuk akal.
Andai benar terdapat hantu di rumah berkenaan, Raja Bomoh dikatakan akan menangkap hantu berkenaan dan mengusirnya keluar dari kediaman Guan Eng. Namun jika tiada, sangat jelas sekali Guan Eng dan Phang menipu berhubung dakwaan mereka terhadap rumah berkenaan.

download (16)

Adakah benar Raja Bomoh sanggup pergi ke Pulau Pinang hanya semata-mata mahu mengusir hantu di rumah banglo Guan Eng, Jumaat ini? sama-samalh kita tunggu pengesahannya nanti.