Monday 28 March 2016

UMNO Kelantan sokong pecat muhyidin dan Mukriz


28 MAC : UMNO Kelantan menyokong agar mana-mana pihak yang melanggar perlembagaan parti dipecat, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Ia termasuklah tindakan terhadap bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin dan bekas Menteri BesarKedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu lagi, desakan tersebut dibuat menerusi kandungan Deklarasi Kelantan yang ditandatangani semua Ketua Bahagian pada 19 Mac lalu sebagai tanda sokongan penuh kepada Perdana Menteri.
“Kami sudah menyatakan dalam Deklarasi Kelantan bahawa mana individu yang menyokong pendirian itu (gerakan jatuhkan PM), maka kita sependapat mereka perlu dipecat daripada parti.
“Itu memang deklarasi bertulis,” katanya di Lobi Parlimen, Isnin.
Antara pimpinan UMNO yang menandatangani deklarasi tersebut, ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Sebelum ini pada 2 Mac lalu, ahli-ahli Badan perhubungan UMNO Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menyatakan ikrar taat setia kepada beliau.

Share This: