Friday, 11 November 2016

Ahli Politik, Penggiat Seni dan Akademik Sambut Baik Agenda Penyatuan Bangsa Menjelang TN2050

Image result for NAJIB DI KONVENSYEN PENYATUAN BANGSA DIUITM
SHAH ALAM - Rata-rata peserta yang terlibat dalam Konvensyen Penyatuan Bangsa yang dianjurkan oleh Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) merupakan satu platfom yang terbaik dan amat bermakna dalam usaha kerajaan untuk melahirkan sebuah bangsa yang berilmu, mempunyai jati diri yang tinggi serta nilai-nilai budaya selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju melalui wawasan TN 2050 pada tahun 2050 akan datang.
Bekas Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairuz Khairuddin secara peribadi meluahkan rasa bangga dengan program seumpama ini, apatah lagi ianya dianjurkan oleh sebuah pusat pengajian Melayu yang mempertahankan dasar dan teras bangsa Melayu itu sendiri yang membawa makna yang amat besar maknanya dalam konteks negara dan bangsa Melayu sekarang.
Selain itu katanya lagi, beliau merasa amat lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa soal induk Melayu ini akan tetap dipertahankan dalam agenda nasional dan dalam segala keputusan yang diambil kerajaan.
“Saya tertarik dengan ucapan Perdana Menteri yang menyentuh soal induk jati diri bangsa yang saya kira amat tepat dengan suasana di negara ini, yang mana kita lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agenda Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam ditekan oleh pemain-pemain politik atas kepentingan masing-masing.
“Oleh sebab itu kita mesti terus menyokong dan mendokong segala  perjuangan Perdana Menteri dalam memperkasakan negara ini dan umatnya, khususnya orang Melayu melalui pendekatan masa kini. Itu yang harus kita fahami. Dan UMNO sebagai sebuah parti politik Melayu harus menggarap dengan segera harapan rakyat, khususnya bagi bangsa Melayu.
“Dan saya kira, apabila UITM berjaya menyempurnakan konvensyen penyatuan bangsa selama tiga hari ini yang sarat dengan tokoh-tokoh akademik,  pengkaji-pengkaji yang membentangkan bukti-bukti secara saintifik dan kajian mendalam, ia merupakan satu langkah besar dalam usaha untuk mengangkat maruah dan jati diri, serta memperkukuhkan perjuangan untuk agama bangsa dan negara yang menjadi teras kewujudan UMNO itu sendiri,” tegasnya kepada UMNO-Online ketika di temui di Dewan Agung Tuanku Cancelor di UITM Shah Alam, di sini hari ini.
Manakala pensyarah Fakulti Filem,Teater dan Animasi, Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaiden pula menyifatkan bahawa penyatuan bangsa ini amat penting memandangkan wawasan TN 2050 yang mahu dicapai oleh kerajaan ini mahu menjadi bangsa Melayu khususnya dan bangsa lain amnya maju dari sudut ilmu dan pencapaian, selaras dengan kemajuan yang dikecapi negara waktu itu.
“Jadi penyatuan bangsa ini perlu dimulakan dari benihnya lagi sepertimana sekarang ini kita tahu di Malaysia ada pelbagai bangsa dan etnik yang memerlukan satu penyatuan yang besar, di mana hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan tercapai sekiranya wujud penyatuan bangsa ini.
“Dan resolusi yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib dalam ucapannya itu banyak yang menyentuh tentang keutuhan ekonomi negara, dan sekiranya kita mengambil resolusi ini secara serius, tentunya perkara ini dijadikan sebagai garis panduan untuk mencapai status sebuah negara dan bangsa yang maju pada masa akan datang.
“Saya kira kita mahukan bangsa Melayu akan datang itu menjadi sebuah bangsa Melayu yang maju, tapi dalam masa yang sama masih mementingkan akar umbi jati diri, nilai-nilai budaya dan kaya di dunia dan bersedia dengan amalan untuk akhirat sebagai seorang Islam.
“Jadi tempat untuk membentuk Melayu seperti itu pada 2050 tentulah bermula di gedung-gedung ilmu seperti di UiTM ini yang telah melahirkan graduan-graduan Melayu yang bakal mengubah dan memberikan lanskap baru kepada negara ini,” ujarnya.
Komposer dan penyanyi terkenal, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, berpandangan bahawa dunia seni juga memainkan peranan yang amat penting dalam usaha untuk membentuk penyatuan serta pembinaan ilmu dan jati diri bangsa Melayu sebagai sebuah bangsa yang maju menjelang TN 2050 itu nanti.
“Sebenarnya seni itu adalah salah satu platform untuk kita sampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat terbanyak. Kalau kita lihat sejarah wali sembilan di Indonesia, mereka menggunakan medium seni seperti wayang kulit dan gamelan untuk menyampaikan dakwah atau mesej mereka kepada khalayak ramai.
“Sama juga seperti sekarang. Bidang seni adalah satu medium penyampaian kreatif yang amat berguna untuk menyampaikan apa-apa mesej kepada seluruh rakyat kerana penggiat seni ini merupakan ikon kepada masyarakat terbanyak di negara ini.
“Dan sekiranya ada apa-apa program atau mesej yang ingin disampaikan oleh kerajaan yang tidak sampai ke pengetahuan rakyat terbanyak, melalui bidang seni maka perkara itu boleh disebarkan secara kreatif untuk kita menyedarkan rakyat apa yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini, khususnya pada bangsa Melayu itu sendiri.
“Mungkin melalui bentuk penulisan sahaja, rakyat agak kurang berminat namun sekiranya ia disampaikan melalui filem, melalui muzik atau lirik lagu dan sebagainya, mesej-mesej kerajaan berhubung apa yang telah disediakan untuk semua golongan di negara ini dapat disampaikan dengan lebih berkesan,” jelasnya.-MediaUMNO

Related Posts: