Sunday 3 April 2016

Hangat & Eksklusif : RM 14 Bilion Bantuan Kerajaan Kepada Proton Sejak Di Tubuhkan? Apa Sudah Jadi?



Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamed meninggalkan Proton minggu lalu, satu persatu isu dalaman Proton akhirnya terdedah setelah ianya disimpan rapi didalam Proton Holding Berhad sejak sekian lama.
Sejak sekian lama, Tun M sentiasa melindungi Proton dalam segenap segi. Malah, saban tahun, Tun M menerusi Proton, pasti akan meminta bantuan tambahan dari Kerajaan untuk menyuntik dana kedalam Proton. Tidak dapat dipastikan samada Proton benar-benar terdesak untuk mendapatkan bantuan berkenaan ataupun tidak.

download (7)

Sebagai sebuah kerajaan, sentimen Proton sebagai salah sebuah kereta buatan Malaysia yang pertama di negara ini sentiasa wujud di hati Perdana Menteri Malaysia tidak kira Datuk Seri Mohd Najib mahupun Tun Abdullah Ahmad Badawi. Justeru, setiap kali Proton Holding menghantar permohonan bantuan (setiap tahun), pastinya akan ada geran bantuan khas diberikan.
Menariknya, Proton kini sudah menjadi salah sebuah syarikat yang bernaung di bawah DRB-Hicom dimana DRB adalah salah sebuah syarikat konglemerat terbesar didalam negara. Seharusnya, pada usia 31 tahun, Proton sudah mampu bersaing dengan jenama luar seperti Toyota, Honda dan sebagainya.
Malangnya, Proton masih lagi seumpama bayi yang masih memerlukan orang lain untuk menyuapnya makan dan minum. Inilah yang berlaku apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu, kerajaan telah menyalurkan kira-kira RM 14 bilion hanya untuk membantu Proton sehingga tahun lalu.
Dalam pendedahan yang sama, beliau juga turut memberitahu, kementeriannya telah menyalurkan lebih RM 100 juta dalam bentuk bantuan kecemasan kepada Proton dan pembekalnya tahun lalu. Malah, beliau juga turut mendedahkan, Proton turut memohon bantuan geran segera dari kerajaan yang berjumlah RM 1.5 bilion untuk menyelamatkan Proton.


Namun begitu, kerajaan berpendapat, adalah sesuatu yang sukar bagi kerajaan menyalurkan dana rakyat kepada sebuah syarikat hanya semata-mata untuk menyelamatkan syarikat berkenaan dari terus mengalami kerugian. Oleh sebab itu, kerajaan merasakan, adalah tidak wajar mengambil dana rakyat dan disalurkan kepada sebuah syarikat dimana tiada jaminan syarikat berkenaan untuk tidak lagi mengalami kerugian.


Andai bantuan ini diluluskan, ini akan menjadikan jumlah besar bantuan kerajaan kepada Proton berjumlah RM 14 bilion secara keseluruhan. Apa yang sebenarnya berlaku terhadap pembuat dan pengedar kereta nasional pertama negara? Adakah jumlah besar RM 14 bilion masih belum mampu untuk menyelamatkan Proton dari menanggung kerugian saban tahun?
Inilah pendedahan yang dibuat oleh pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung apa yang berlaku terhadap Proton, sesuatu perkata yang dirahsiakan oleh Proton sejak sekian lama. Seharusnya, sesuatu harus dilakukan oleh kerajaan bagi merombak semula semua yang dilihat pincang didalam Proton.