Monday, 4 April 2016

Kemuka Usul Had Jawatan Lim Guan Eng, Adun DAP Didesak Letak Jawatan

guan eng lari lagi

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu digesa untuk meninggalkan kerusinya berikutan percubaan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Teh turut didesak penyokong setia DAP untuk meletak jawatan daripada parti kerana telah dipergunakan oleh Umno.

Perkara tersebut didedahkan pembantu Teh, Carolyn Khor dalam surat terbuka yang ditulis untuk mempertahankan bosnya itu.

Teh telah mengemukakan usul mencadangkan kajian itu menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada bulan depan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Khor mengkritik desakan peletakan jawatan itu dengan berkata ia bertentangan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara memandangkan Teh telah dipilih oleh rakyat.

Beliau berkata jika perbezaan pendapat tidak dibenarkan maka kepimpinan DAP Pulau Pinang tiada bezanya dengan  Barisan Nasional.

“Kita perlu menyelamatkan Pulau Pinang daripada genggaman pemimpin autokratik yang tidak lagi dapat membezakan antara yang betul dan salah,” kata Khor yang juga Ketua Komunikasi Wanita PKR.

Pada Rabu, Kelab Veteran Bukit Mertajam turut mengadakan sidang media membidas tindakan Teh.

Khor berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya memanfaatkan cadangan untuk memulihkan semula popularitinya di kalangan rakyat Pulau Pinang yang semakin merosot susulan publisiti buruk dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.

Katanya, Guan Eng juga sepatutnya tidak berasa tergugat dengan cadangan itu.

Tindakan Teh disuarakan pada waktu yang tidak sesuai bagi Guan Eng yang terpalit dengan kontroversi pembelian banglo berharga RM2.8 juta. – mstar

Related Posts:

  • Himpunan Kleptokrasi Tidak Sehangat BERSIH Penggal kali ini boleh dianggap sebagai penggal yang penuh mencabar buat kerajaan. Manakan tidak, di pihak Pakatan Harapan, mereka seboleh-bolehnya mahu mengadakan siri himpunan jalanan yang sememangnya bukan budaya kita… Read More
  • Mahathir Tunduk Pada Pemimpin Haram DAP Empat hari lepas, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan b… Read More
  • Rumah Kuarters Masjid Diroboh, Pesta Arak Diluluskan #ArakBolehRumahTidakBoleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali buat hal lagi semalam apabila Kerajaan Negeri pimpinannya telah merobohkan beberapa unit rumah kuarters yang terletak dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang S… Read More
  • Cerita Bohong Dan Pembangkang Berpisah Tiada Pada pertengahan bulan April lepas, YAB Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them".  Inilah cara Mahathir, kaedah Machi… Read More
  • ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa 1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer d… Read More