Monday 4 April 2016

Guan Eng Cakap Pusing-Pusing..


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberikan tumpuan menyelesaikan isu yang sedang dihadapi beliau sendiri dan siasatan oleh SPRM ke atas dirinya berhubung pembelian banglo oleh beliau di bawah harga atau nilaian pasaran, dan bukannya mengalih isu mengenai penjualan tanah oleh PERDA di Kampung Tok Keramat di Daerah SPS.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkenaan isu itu, Lim Guan Eng boleh meminta SPRM melakukan siasatan dengan membuat laporan kepada SPRM sekiranya beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam penjualan tanah tersebut.