Monday, 4 April 2016

Lim Guan Eng Dituntut Jawab.. Penglibatan Betty Chew Dalam Urusan Pembelian Banglo..

GuanEngBetty

Kes pembelian banglo Lim Guan Eng nampaknya ada perkembangan terbaru iaitu ada dokumen baru didedahkan dan kali ini difahamkan ada pembabitan isteri beliau sendiri Betty Chew.
Menurut laporan Agenda Daily, isteri Guan Eng sebelum ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka sehingga 2013 apabila beliau tidak bertanding kerana mahu memberikan tumpuan sebagai isteri kepada seorang Ketua Menteri.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang Peguam panel dalam firma guaman Ooi Eng Choo & Assocciates.
Semalam, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Ooi Teik Liang dalam satu sodang media mendesak Guan Eng jawab dakwaan bahawa firma guaman berkenaan telah dilantik mengendalikan urusan pembelian banglonya yang begitu murah di Jalan Pinhorn, Jelutong, Pulau Pinang itu.
Beliau mahu Setiausaha Agung DAP iutu menjawab adakah amalan sebegitu selaras dengan konsep integriti dan ketelusan yang kononnya diperjuangan DAP.
Jika melibatkan pembeli rumah lain iaitu orang biasa ia tidak akan menjadi isu tetapi ia mencetuskan persoalan kerana Guan Eng merupakan seorang Ketua Menteri.
“Malah, kita yakin jika perkara ini dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang akan mengaitkannya dengan soal integriti dan hari ini kita menuntut penjelasan serupa daripada mereka,” katanya.
Teik Liang berkata, mereka difahamkan urusan dokumen dan perundangan dalam pembelian rumah Guan Eng diuruskan oleh firma berkenaan.
Firma itu mempunyai tiga panel peguam selain Betty, iaitu Eng Choo dan Oh Lee Lee.
Menurut beliau, pihaknya tidak membuat sebarang tuduhan dalam membangkitkan perkara itu tetapi hanya mahu mengetahui pendirian pemimpin DAP sama ada kaitan tersebut adalah sesuatu yang biasa atau sebaliknya.
“Jika mereka beranggapan tiada yang luar biasa dalam kaitan ini, maka kita dapat menilai sejauh mana tahap integriti mereka.
“Tetapi jika mereka berasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara ini, maka kita mendesak mereka bersuara dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Kes ini sudah berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana banglo milik Guan Eng itu dibeli dengan harga begitu murah rendah dari harga pasaran.

Related Posts:

  • MUAFAKAT NASIONAL UNTUK SEMUA - ZAHID HAMIDI Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua. “Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap pe… Read More
  • Keadilan Tidak Menyebelahi Jumpa Di Mahkamah Rayuan - Najib Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.‬Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperb… Read More
  • Rasuah Lim Guan Eng Didakwa Di Mahkamah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan telah dihadapkan ke Mahkamah pagi tadi. Untuk makluman semasa pemerintahan PH kes ini telah digugurkan oleh peguam negara. Lim Guan Eng … Read More
  • KEMAS Wujudkan Tabika Untuk Golongan M40 Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memberi jaminan tidak wujud istilah 'pilih kasih' dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan.Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dat… Read More
  • Jika PAS Menyertai PN. Pendirian UMNO Tidak Berubah Selepas viral sebuah artikel berkaitan penyertaan PAS kedalam gabungan Perikatan Nasional yang menimbulkan kegusaran dikalangan ahli UMNO yang sayangkan gabungan Muafakat Nasional, akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, D… Read More