Saturday, 10 September 2016

Berhati-hati Pulang Ke Kampung Bersempena Aidiladha – Najib

Image result for najib razak di hari raya
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman bersempena cuti Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
Perdana menteri turut menasihati semua pemandu supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan mendapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan keletihan.
“Kepada yang akan bertolak balik, berhati-hati dan patuhilah undang-undang di jalan raya. Kalau letih, berhenti dan rehat dahulu.
“Memang lebih seronok beraya bersama keluarga, dan hujung minggu panjang kali ini sempena Aidiladha tentu ramai ingin pulang ke kampung. Saya doakan semua selamat sampai ke tempat dituju, Insya-Allah,” kata Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.
Umat Islam di seluruh negara akan menyambut Aidiladha pada Isnin depan, 12 Sept bersamaan 10 Zulhijjah.

Related Posts: