By @MNA at 22:59:00
KUCHING, - Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa sama tidak mengetepikan agama lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menarik perhatian bahawa walaupun dengan kepelbagaian agama, orang Islam dan bukan Islam begitu saling menghormati di negeri ini.
"Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan sebelum ini Tun Abdul Taib Mahmud berjaya berikan kesyumulan kepada Islam tetapi masih menjaga bukan Islam, dan mereka bebas dengan agama mereka," katanya ketika berucap pada tinjauan mesra di Masjid Al-Abiyad, Matang Jaya, Petra Jaya, di sini, malam ini.

Beliau menegaskan Islam perlu dilihat sebagai agama yang mengajak kepada kebaikan.
Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM3 juta kepada masjid itu yang kini dalam pembinaan.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut berkata sebuah balai polis akan dibina bagi manfaat penduduk Matang Jaya.
Hadir sama calon Barisan National (BN) bagi kerusi Tupong, Fazzrudin Abd Rahman.
Terdahulu, Ahmad Zahid menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Muhajirin, kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Abiyad.
- BERNAMA
Related Posts:
Kerana Kuat Hasut Dan Fitnah, Akhirnya Rafizi Ke Penjara
Fitnah dan Rafizi berpisah tiada. "Tagline" Rafizi yang terkenal adalah "kerja kita adalah menghasut".
Akhirnya semalam, mahkamah putuskan Rafizi bersalah dan kena penjara 30 bulan.
Tugas kita ialah menghasut, kita hasut… Read More
Pembangkang Hidup Dengan Cerita Palsu Bukan Dengan Cerita Kebaikan
Politik cara pembangkang di Malaysia adalah politik yang tidak sihat. Pembangkang di Malaysia berpolitik sebar kebencian, cerita persepsi dan berita palsu untuk membangkit perasaan marah rakyat pada kerajaan.
Ini cara pol… Read More
Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengkhianti Negara
Hujung bulan lepas, Mahathir jumpa wakil European Union, EU untuk minta campurtangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia.20 Februari nanti, Mahathir berjumpa pula dengan pemimpin politik dari Amerika Syarikat dalam usahany… Read More
Anak Mahathir Yang Jutawan, Rakyat Di Bawah Makan Kuah Sahajalah.
Ini berlaku di zaman Mahathir bukan zaman Najib. Anak anak dia kaya sangat sangat, rakyat di bawah sekadar makan "ais sagat" sahaja lah.
Anak dia makan isi, tulang boleh dekat kroni, kuah sahaja rakyat boleh hirup. It… Read More
Azmin Sedap Naik Gaji, Rakyat Sengsara Dapat Cukai Tinggi
Selama ini Azmin Ali sering melaungkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR merupakan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Tapi hakikatnya ia adalah `fantasi sahaja' kerana beliau cakap tak serupa biki… Read More