Wednesday, 3 August 2016

Zahid Jamin ROS Tiada Masalah Luluskan Penubuhan Parti Politik Baharu




KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti-parti politik yang baharu di negara ini.

Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Jika ada parti baharu yang mahu diwujudkan, saya sebagai Menteri Dalam Negeri akan meluluskannya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO/Barisan Nasional (BN) negeri Perak di sini malam ini.

Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menarik perhatian apabila berkata beliau optimis penubuhan parti politik baharu tidak akan mampu menarik penyertaan anggota BN dan UMNO.

"Sejarah telah membuktikan banyak parti yang ditubuhkan sejak 1951, namun tidak mampu bertahan lama.

"Silalah buat parti baharu. Ahli UMNO dan BN tetap utuh dalam parti sebagai sebuah pasukan, biarkan parti serpihan datang dan pergi, tetapi UMNO tetap utuh," katanya. - Bernama

Related Posts:

  • CIMB GROUP PUJI PRESTASI KWSP Kuala Lumpur - CIMB Group memuji prestasi pelaburan kumpulan wang simpanan pekerja, KWSP yang mengumumkan dividen 6.4 % bagi 2015.Ketua Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz, berkata dengan pertumbuhan ke… Read More
  • Dr M@Tun M Pencetus dan Pemusnah Wawasan 2020... Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pencetus dan juga pemusnah Wawasan 2020, menurut Tun Musa Hitam. Musa yang memegang jawatan timbalan perdana menteri dari tahun 1981 hingga 1986 berkata bekas ketuanya i… Read More
  • PAS DESAK KERAJAAN PULAU PINANG HAPUSKAN PUSAT HIBURAN DAN KEGIATAN MAKSIAT SEGERA Kongres Rakyat Pulau Pinang anjuran PAS hari ini mengeluarkan resolusi mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menangani kewujudan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kegiatan maksiat dan gengsterism yang semakin pesat di nege… Read More
  • SULTAN Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengejutkan penduduk Kg Lepau, Kota Tinggi apabila tiba-tiba muncul tanpa sebarang pemberitahuan awal, 6 Februari lalu. Malah gara-gara terkejut melihat kedatan… Read More
  • DATUK SERI NAJIB LANCAR DASAR KEPELBAGAIAN BIOLOGI KEBANGSAAN 2016-2025 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang disemak semula sebagai panduan bagi pengurusan biodiversiti untuk tempoh 10 tahun akan datang bermula 2016. … Read More