Monday 22 February 2016

CIMB GROUP PUJI PRESTASI KWSP

Kuala Lumpur - CIMB Group memuji prestasi pelaburan kumpulan wang simpanan pekerja, KWSP yang mengumumkan dividen 6.4 % bagi 2015.

Ketua Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz, berkata dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar, KDNK Malaysia pada 5 %.
Serta pasaran global yang berdepan pelbagai cabaran pengumuman dividen sebanyak 6.4 % oleh KWSP adalah pencapaian yang cemerlang.

Ia juga merupakan petunjuk pengurusan pelaburan yang baik dan berhemah.