By @MNA at 22:06:00
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.
"Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengenai 1MDB, SPRM mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan FBI.
"Ini kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini," kata SPRM dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporka berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukakan DOJ.
Beliau berkata perkara itu merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam dokumen DOJ itu.
Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama yang sepenuhnyakepada semua badan siasatan antarabangsa.-mstar
Related Posts:
Tujuh Bulan Bentuk Kerajaan PH Tidak Berhenti Menyerang BN Demi Tutup Kelemahan PH
Mengapa PH terus menyerang BN kini berstatus pembangkang walaupun mereka kini adalah kerajaan ?
Mengikut undi Popular (Parlimen) PRU 14 mengikut jumlah undi tertinggi :
1. BN : 3,794,821
2. PKR : 2,046,484
3. DAP :… Read More
ECRL : Ramai Yang Terpedaya Dengan Propaganda PH - Najib Razak
Antara propaganda PH yang saya paling hairan mengapa ramai boleh percaya ialah propaganda bahawa projek ECRL akan menyebabkan Malaysia tergadai atau terpaksa pajak tanah kita kepada China seperti Sri Lanka.
Harga ECRL ial… Read More
Lambat Umum Apungan Minyak, Apakah sebenarnya Motif Pakatan Harapan
Tindakan kerajaan yang mengakui bahawa harga minyak petrol RON 95 seharusnya dijual lebih murah ketika ini berbanding harga yang ditetapkan selepas menang di PRU14 menjadi persoalan rakyat.
Kerajaan PH telahpun mem… Read More
Berhenti Sekolah Kerana Kemiskinan
Bagan Serai - Setiap kali munculnya tahun baharu, lazimnya setiap ibu bapa pasti akan sibuk menguruskan hal ehwal dan kelengkapan anak-anak bagi pembukaan sesi baharu persekolahan.
Bagaimanapun, situasi rutin bagi merek… Read More
Otai Reformasi 1998 Tuntut Janji Lantik Anwar PM 8 .
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menjadi Perdana Menteri kelapan dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan.
Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya gusar janji tersebut tidak d… Read More